AS mungkin haramkan penggunaan produk TP-Link tidak lama lagi

Kerajaan AS sedang mempertimbangkan larangan terhadap penghala TP-Link atas kebimbangan keselamatan dan kemungkinan perkongsian data dengan China. -Gambar hiasan/Amanz
TP-LINK adalah sebuah jenama produk rangkaian yang cukup terkemuka secara global.
Ringkasan AI
- Kerajaan AS sedang mempertimbangkan larangan terhadap penghala TP-Link atas kebimbangan keselamatan dan kemungkinan perkongsian data dengan China.
- TP-Link Systems Inc di AS menafikan kaitan dengan entiti China dan menegaskan mereka tidak tertakluk kepada undang-undang China.
- Proses larangan masih belum dimuktamadkan dan TP-Link diberi peluang untuk membalas dalam tempoh 30 hari jika larangan dimulakan.
Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa TP-Link mungkin akan dipaksa untuk menghantar butiran rangkaian kepada kerajaan China sekiranya diminta.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, TP-Link Technologies telah pun menghadapi isu yang sama, dan menyebabkan mereka membuka entiti perniagaan baru khusus untuk pasaran Amerika Syarikat.
Malah, seorang jurucakap syarikat mengatakan bahawa TP-Link di Amerika Syarikat tidak ada sebarang kaitan dengan entiti di negara China, dan oleh kerana itu, tidak terikat dengan undang-undang yang mewajibkan syarikat memberi butiran pengguna produk mereka ke pihak kerajaan.
Buat masa ini, pihak kerajaan Amerika Syarikat belum mendedahkan sebarang bukti kukuh tentang keperluan untuk mengharamkan produk tersebut, ataupun bilakah mereka akan melakukannya.
Presiden Amerika Syarikat kini sedang di persidangan APEC di Korea Selatan dan dilihat sedang berbincang dengan pihak China tentang pelbagai isu perdagangan di antara mereka. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


