awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Task force' Kementerian Kesihatan kaji cadangan wajib vaksin

Bernama
Bernama
28/02/2019
07:17 MYT
'Task force' Kementerian Kesihatan kaji cadangan wajib vaksin
Dr Dzulkefly (dua, kanan) melawat gerai pameran selepas menghadiri majlis menandatangani MoU antara antara Kementerian Kesihatan dan IMU di IMU Bukit Jalil hari ini. - BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggerakkan satu pasukan bertindak atau 'task force' bagi mengkaji cadangan dan desakan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, pasukan yang diketuai Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian itu turut disertai beberapa agensi berkaitan yang lebih komprehensif.
"Task force ini ditubuhkan selepas perbincangan dalam mesyuarat kabinet semalam bagi menghasilkan satu kertas kerja pendirian KKM mengenai cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi di negara ini.
"Hasil kajian task force ini diharap dapat disiapkan secepat mungkin...dalam tempoh dua minggu untuk dibincangkan lagi pada mesyuarat Kabinet," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dan International Medical University (IMU) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengerusi Kumpulan IMU, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman dan Naib Cancelor IMU, Prof Abdul Aziz Baba.
Pada majlis itu, dua MoU ditandatangani KKM dan IMU iaitu kerjasama modul latihan dalam talian berkaitan keselamatan penyakit dan pelancaran KOSPEN-IMU.
Dr Dzulkefly berkata, walaupun kementerian cenderung agar kewajiban vaksin dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak namun pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk sudut undang-undang.
Beliau berkata perkara mengenai penggubalan atau penambahan rang undang-undang dalam akta sedia ada bagi mewajibkan vaksin itu akan turut dibincang pada mesyuarat Kabinet nanti.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan menambah baik program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) yang wujud sejak 2013 susulan peningkatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti hipertensi dan diabetis.
Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah kesihatan mental dan kanser dalam kalangan rakyat, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anti vaksin
#Kementerian Kesihatan
#Task force
#vaksin
#vaksin kkm
#vaksin malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan