awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco

Bernama
Bernama
08/02/2026
10:32 MYT
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Daniel Gooi berkata, pemantauan rapi tetap dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan wabak itu tidak menular dalam kalangan komuniti. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Wabak Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering masih berada dalam keadaan terkawal dengan tiada kluster dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Si Zen.
Beliau berkata meskipun situasi di negeri itu tidak membimbangkan, pemantauan rapi tetap dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan wabak itu tidak menular dalam kalangan komuniti.
"Kami mengambil maklum mengenai kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor berhubung penularan penyakit tibi di negeri berkenaan, namun di Pulau Pinang setakat ini keadaan masih lagi terkawal.
"Kami sememangnya memberi perhatian dan memantau rapi kes ini bagi mencegah penularannya tetapi belum ada kes yang perlu dirisaukan," katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) di sini hari ini.
Beliau berkata secara keseluruhan, trend penyakit berjangkit di negeri itu juga menunjukkan penurunan berbanding tahun lepas, termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), COVID-19 serta denggi.
Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom berkaitan, supaya sebarang risiko penularan dapat dibendung lebih awal.
Beliau berkata beberapa lokasi hotspot di negeri itu turut diberi perhatian khusus sebagai langkah pencegahan, terutama kawasan perumahan berpenduduk padat yang berisiko tinggi terhadap penularan penyakit bawaan udara itu.
"Kawasan berpenduduk padat memang kami beri perhatian sebab penyakit ini boleh berjangkit melalui udara tetapi setakat ini, Pulau Pinang berada dalam keadaan baik," katanya.
Pada 5 Feb lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi membabitkan 33 kes positif hasil saringan ke atas 804 kontak rapat sejak 25 Jan hingga 4 Feb lepas.
Terdahulu, pada majlis itu sebanyak 600 ahli JPWK dan 375 ahli JBPP menerima watikah pelantikan bagi sesi 2026-2027 yang disampaikan oleh Gooi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak tibi
#tuberkulosis
#penyakit berjangkit
#pemantauan
#pulau pinang
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan