Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam di Wisma Negeri di sini akan beroperasi bulan depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.
Beliau berkata taska tersebut akan beroperasi di Masjid Negeri dan seramai 21 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun akan ditempatkan di sana.
"Ini merupakan projek perintis bagi taska di tempat kerja dan bagi penjawat awam di Wisma Persekutuan, taska di sana dijangka beroperasi sebelum hujung tahun ini.
"Pihak kami juga telah mengedarkan borang kajian kepada penjawat awam di Wisma Persekutuan bagi mengenal pasti berapa ramai kanak-kanak yang ada, berapa banyak ibu bapa yang berminat dan lain-lain keperluan sebelum taska ini dibuka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas pembentangan keberkesanan program 2 Years Exit Program (2YEP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini pada Isnin.
Mengulas program 2YEP, beliau berkata JKM menyasarkan untuk melatih 100 penerima bantuan kategori orang kelainan upaya (OKU), Bantuan Kanak-kanak dan Bantuan Am, bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Pegawai JKM akan mengenal pasti mereka yang layak dan jika ada dalam kalangan penerima-penerima bantuan yang berminat untuk mengubah nasib, mereka boleh membuat permohonan di pejabat JKM daerah.
"Jika berjaya diterima masuk ke program ini, setiap peserta akan diberikan geran bernilai RM2,700 untuk memulakan perniagaan mereka," katanya.
Tan berkata setakat ini seramai 44 penerima bantuan JKM sedang mengikuti program itu untuk tahun ini dan setiap peserta akan diberikan latihan serta kursus dalam perniagaan dan seterusnya dipantau selama dua tahun sehingga berjaya dalam bidang masing-masing.
Sementara itu, seorang bekas peserta 2YEP, Nur Zakiah Dzulkifli, 33, berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan hasil jualan minyak wangi, selepas mengikuti program ini pada tahun 2016-2017.
Wanita itu yang menjual minyak wangi jenama 'Classic Red Parfum' turut memiliki kedai sendiri di Senawang, dekat sini.
"Saya memang minat untuk berniaga dan melalui program ini, JKM banyak membantu saya mendalami selok-belok bidang ini melalui kursus-kursus yang dianjurkan.
"Saya sekarang sudah keluar daripada senarai penerima bantuan JKM dan menjadi hasrat saya untuk membantu golongan OKU untuk sama-sama berjaya," katanya yang merupakan OKU Fizikal berikutan penyakit radang sendi yang dihidapinya sejak berusia 10 tahun. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018
Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan. Gambar fail
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Taska bagi kakitangan Wisma Negeri mula operasi bulan depan
Taska tersebut akan beroperasi di Masjid Negeri dan seramai 21 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun akan ditempatkan di sana.