awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawar khidmat 'Enter Sarawak' secara tidak sah, polis buru wanita

Afiezul Samit
Afiezul Samit
15/04/2021
08:50 MYT
Tawar khidmat 'Enter Sarawak' secara tidak sah, polis buru wanita
Ujar Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, siasatan berkenaan kes penipuan ini akan dilaksana di bawah seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu. - Foto BERNAMA
KUCHING: Polis sedang memburu seorang wanita yang disyaki bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan mengisi borang 'Enter Sarawak' dengan bayaran RM130 bagi memasuki negeri itu.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, polis telah mengenal pasti wanita terbabit yang mendakwa dirinya bekerja dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi meluluskan permohonan tersebut.
"Bagaimanapun, semakan dengan JPBNS mendapati mereka tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu luar untuk bertindak bagi pihak JPBNS dalam sebarang urusan.
"Susulan itu, polis sedang menjalankan siasatan kes ini di bawah seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu," ujarnya menerusi satu kenyataan pada hari ini.
Jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan termasuk sebat dan denda.
Namun begitu, kata Aidi, pihak polis ketika ini masih belum dapat mendedahkan identiti sebenar suspek.
Tambahnya, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung perkara berkenaan pada 12 April lalu.
Dalam masa sama, Aidi turut menasihatkan agar orang ramai membuat permohonan 'Enter Sarawak' melalui saluran yang betul.
Terdahulu, tular di media sosial di laman Facebook '[RSS] Rakyat Sarawak Di Semenanjung' mengenai perkhidmatan "orang dalam'' mengisi borang 'Enter Sarawak' tersebut dan diberi jaminan kelulusan segera.
"Kalau awak isi borang sendiri, bayarannya RM45.
"Tetapi kalau saya yang isi dengan kelulusan terus, bayaran RM130 seorang.
"Tapi kalau ramai, saya caj menjadi R 100 seorang." dakwa hantaran di laman tersebut.
Topic Berkaitan
#JPBN Sarawak
#Pesuruhjaya Polis Sarawak
#Datuk Aidi Ismail
#Rakyat Sarawak di Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan