awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/04/2019
13:13 MYT
Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib
Dua bekas pegawai SPAD hari ini memohon maaf kepada Najib kerana mendakwa terpedaya sehingga termakan dengan janji-janji Pakatan Harapan sewaktu pilihan raya umum yang lepas. - BERNAMA/Fail
Dua kes pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang Gred 41, yang telah diberi posisi kumpulan sokongan iaitu Gred 19, merupakan bukti penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap dengan pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, bekas perdana menteri itu berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara, mereka yang berkelulusan ijazah ataupun ijazah pertama, ditawarkan gred-gred yang bersesuaian pada mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ada bersama-sama saya Encik Aizad ini, beliau sepatutnya menerima tawaran Gred 41, tetapi telah ditawarkan Gred 19, dan ditempatkan, atau dihumban ke Sarawak daripada Kuala Lumpur.
"Di tangan saya juga ada seorang lagi pegawai SPAD, Encik Salahudin Saad, ditawarkan pembantu tadbir pengkeranian pengoperasian N19," katanya lagi.
Difahamkan kedua-dua bekas pegawai SPAD itu menunggu sehingga tamat perbicaraan hari ke-enam Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd hari ini, untuk meminta maaf kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Kedua-dua mereka ingin memohon maaf kerana mendakwa terpedaya sehingga termakan dengan janji-janji Pakatan Harapan sewaktu pilihan raya umum yang lepas.
Sambil menerima permohonan maaf kedua-dua lelaki berkenaan, Najib berkata, beliau sebagai ahli pembangkang akan cuba memperjuangkan nasib mereka termasuk ribuan lagi pegawai SPAD yang dipercayai menerima nasib yang sama.
Pada Ogos tahun lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pembubaran SPAD dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun.
Beliau berkata peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya.
Selain itu, Loke berkata, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kuala Lumpur
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan