awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran melanjutkan pelajaran melalui WhatsApp adalah palsu - KPT

Bernama
Bernama
05/04/2017
05:05 MYT
Tawaran melanjutkan pelajaran melalui WhatsApp adalah palsu - KPT
KPT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dengan lebih terperinci sindiket penyebaran mesej palsu itu. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan bahawa tawaran melanjutkan pelajaran oleh Institut Pendidikan Tinggi yang disebarkan melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp adalah palsu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tindakan itu telah menyebabkan ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertipu dan terpengaruh dengan tawaran tersebut seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.
"Ini merupakan penipuan yang serius oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata kementerian itu.
KPT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dengan lebih terperinci sindiket penyebaran mesej palsu itu supaya orang ramai tidak berterusan merasa gusar dan tertipu, katanya.
Kementerian dalam masa yang sama mengingatkan semua Institut Pendidikan Tinggi Swasta supaya mematuhi garis panduan pengiklanan yang telah ditetapkan oleh KPT selaras dengan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
"Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati ada yang melanggar peraturan tersebut," katanya.
Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat tepat berkenaan pengajian tinggi melalui portal rasmi KPT iaitu di www.mohe.gov.my atau melalui agensi-agensi di bawahnya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#institut pendidikan tinggi
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan