MENYEDARI kepentingan dan potensi pertumbuhan sektor farmaseutikal, Taylor’s University melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian).

Ia merangkumi kombinasi akademik dan pengalaman praktikal serta holistik, bermatlamat membentuk pelajar menjadi tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan.

Program Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian) di bawah Pusat Pengajian Farmasi Taylor’s University merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning atau WBL) dan pengajian pelengkap dalam Sains Kosmetik.

Pelajar yang memilih kaedah WBL akan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam persekitaran sebenar alam pekerjaan semasa tahun terakhir mereka, sekali gus memberikan mereka kelebihan daya saing dan mempermudah kemasukan ke dalam pasaran kerja.

Sementara Sains Kosmetik lanjutan daripada program baharu itu akan menyaksikan pelajar membangunkan pemahaman mendalam tentang sains dan teknologi di sebalik kosmetik, memahami tentang pasaran kosmetik dan peraturan global, pada masa sama mempelajari cara memastikan kelestarian, mesra alam, amalan beretika, selamat dan halal.

“Dengan memberi tumpuan kepada keanjalan dan kerelevanan industri, pelajar boleh memilih antara program tiga tahun yang konvensional atau mod WBL, bagi menyesuaikan pengalaman pembelajaran mereka dengan aspirasi kerjaya mereka.

“Bagi meningkatkan daya saing mereka, ada pilihan pengajian pelengkap seperti Penemuan dan Pembangunan Ubat-Ubatan dan juga Sains Kosmetik, yang disokong oleh Makmal Kosmetik dan Minyak Wangi  terkini yang terletak di kampus,” kata Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian), Dr Wong Jia Woei.

Pelajar yang memilih laluan konvensional juga akan mendapat manfaat daripada program Pharmaceutical Industry Student Adoption (PISA) dan ditawarkan penempatan latihan industri di lebih daripada 10 syarikat peneraju termasuklah organisasi farmaseutikal multinasional seperti Abbott, AstraZeneca, Johnson & Johnson, dan Pfizer.

Kurikulum ini turut mengiktiraf bahawa industri farmaseutikal saling berkait antara pelbagai aspek perniagaan, dan penting untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman menyeluruh tentang prinsip-prinsip perniagaan di samping aspek saintifiknya.

Ia turut membuka jalan kepada pelbagai pilihan kerjaya dan peluang yang melangkaui peranan tradisi makmal atau penyelidikan.

Makmal Makmal Kosmetik dan Minyak Wangi yang serba baharu di kampus Lakeside Taylor's University.

Sektor farmaseutikal di Malaysia mengalami pertumbuhan eksponen pada kadar tahunan 6.34 peratus, dengan hasil pasaran yang dianggarkan mencapai ASD1 bilion pada 2024, dan eksport produk farmaseutikal bernilai ASD468 juta pada 2023.

Menyedari potensi besar ini, Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 yang diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut mengenal pasti pertumbuhan utama dalam bidang seperti biologik iaitu insulin dan vaksin, bahan aktif farmaseutikal (API), pembuatan botanikal khusus, serta ubat-ubatan halal yang bertujuan menggabungkan rantaian nilai untuk menambahbaik keupayaan pengeluaran negara.

Kata Dr Wong, program yang menyeluruh akan menyaksikan graduan membangunkan pemahaman komprehensif tentang farmaseutikal, reka cipta dan pembangunan ubat-ubatan, pembuatan, pematuhan, dan amalan undang-undang serta perniagaan, yang meletakkan mereka sebagai ahli profesional yang dikehendaki dalam pasaran farmaseutikal yang semakin berkembang pesat.

Program ini menawarkan pelajar peluang untuk melibatkan diri dengan rakan industri seperti Kotra Pharma, Sunward Pharmaceutical, KCK Pharmaceutical Industries, Pahang Pharmacy, Intercosmetic Asia Pacific, dan Duopharma Biotech melalui pengalaman WBL Taylor’s University yang inovatif.

Kemasukan pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian) Taylor’s University bermula pada April 2024 dan mempunyai dua kemasukan bagi semester April dan September setiap tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati di bit.ly/TaylorsPharmSci.


Dr Brian Teo Sheng Xian (张圣贤), Senior Lecturer, School of Pharmacy
Dr Renukha Sellappans, Head of School, School of Pharmacy
Professor Dr P.T. Thomas, Executive Dean, Faculty of Health and Medical Sciences
Dr Wong Jia Woei (黄嘉玮), Programme Director, Bachelor of Pharmaceutical Science (Honours), School of Pharmacy
Dr Chloe Chin Chai Yee (陈彩漪), Lecturer, School of Pharmacy