awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM bina jambatan sementara ke SJSM

Bernama
Bernama
13/03/2022
20:57 MYT
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Pemandangan udara menunjukkan kesan gelinciran tanah yang menyebabkan tanah runtuh berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud di Kenyir ketika tinjauan baru-baru ini di Empangan Jenagor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Projek Jiwa Murni telah membina jambatan sementara berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kampung Jenagor dekat Hulu Terengganu bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir bulan lepas.
Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata jambatan 'Compact Bailey 200' sepanjang 30 meter itu sangat penting sebagai laluan keluar masuk pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif.
"Jambatan ini telah mula dipasang semalam dan dijangka siap sepenuhnya esok (14 Mac).
"Tanggungjawab pemasangan jambatan ini diberikan kepada Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK RAJD) 2 Div yang melibatkan lima pegawai dan 64 anggota dari 7 SKN RAJD Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dengan dibantu oleh 1 SKN RAJD dan 91 Rejimen Bantuan RAJD," katanya dalam satu kenyataan semalam.
BACA: Tanah runtuh: Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir ditutup sementara
BACA: Tanah runtuh: Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir dihentikan sementara
Katanya TDM sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat, menepati tonggak kelima perintah ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan hubungan dengan orang awam.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri, semua agensi kerajaan dan TNB yang terlibat secara langsung dalam membantu pemasangan jambatan ini," katanya.
Pascabanjir | Misi bantuan diteruskan walaupun jambatan runtuh
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera darat
#Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud
#TNB
#jambatan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan