KOTA TINGGI: Tebing bukit setinggi kira-kira 105 meter berhampiran Taman Bukit Pelali, Pengerang di sini, runtuh tengah hari tadi.
Bagaimanapun, insiden yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu tidak menjejaskan penduduk sekitar kawasan berkenaan, mahupun menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian tebing runtuh itu adalah kali kedua berlaku selepas 11 Januari tahun lalu.
"Ini merupakan kejadian berulang yang mana kejadian pertama berlaku pada 11 Januari 2021.
"Berikutan kejadian sebelum ini, syarikat pemaju Taman Bukit Pelali, Astaka Development telah melantik GeoPakar Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
SEMUA MAKLUMAT BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat terbabit sedang mengadakan siasatan lanjut di tempat kejadian.
Pada masa sama, Hussin berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah menerima laporan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di daerah itu, hari ini.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan untuk mengawal situasi dan keadaan banjir di lokasi yang terbabit.
"Terdapat dua kawasan penempatan yang dinaiki air iaitu Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, Bayu Damai di sini.
"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) juga sudah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia yang kini menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga dan PPS di SK Mawai menempatkan 88 mangsa daripada 29 keluarga," katanya.
Beliau turut menambah, terdapat seramai 14 mangsa yang berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan mereka sudah diasingkan.
Dalam perkembangan sama, Hussin berkata, jalan Kota Tinggi-Mersing (Lembaga Getah Malaysia (LGM); Sungai Mupur 2; selain Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Sungai Ara Yatamacity; Jalan Tanjung Sedili (Kampung Selangi); Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) dan Jalan Perani (Ladang FIMA) boleh dilalui semua kenderaan.
"Sementara itu, Jalan Lok Heng (Sungai Semalok) hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja," katanya.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Tue Jan 04 2022

Kejadian tebing runtuh itu adalah kali kedua berlaku selepas 11 Januari tahun lalu. - Gambar/ Ihsan PDRM

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Agensi Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di Amerika Syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium pada malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA selepas acara itu dipertandingkan semula selepas sembilan tahun.

Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas
Kerajaan Selangor merekodkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lepas.

Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
Cadangan Kerajaan untuk melaksana gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.

Projek Tebatan Sungai Golok penyelesaian jangka panjang banjir - MB
Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu penting kerana terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif diterima secara dalam talian
Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara.

Banjir: 119,626 ketua isi rumah layak terima BWI - Nadma
Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.