awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer

Bernama
Bernama
20/05/2025
15:25 MYT
Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya. - Sinar Harian/PDRM
GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Kuala Krai tidak dapat dilalui dari kedua-dua arah susulan tebing runtuh di Kilometer 27 berhampiran Gua Sejuk.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya dengan kesesakan dilaporkan sepanjang kira-kira dua kilometer.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang bermula sejak petang tadi namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.
"Kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) oleh Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut.
"Pemantauan di lokasi turut dilakukan oleh anggota trafik dan pasukan unit kereta peronda (MPV) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya kepada Bernama malam ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata laluan hanya akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.
"Segala usaha sedang dijalankan dan ia bergantung kepada seberapa cepat bantuan tiba untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Setakat ini, tiada jalan alternatif yang boleh digunakan, oleh itu, orang ramai diminta bersabar dan mematuhi arahan pihak berkuasa sementara menunggu laluan dibuka semula," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tebing runtuh
#Gua Musang-Kuala Krai
#kesesakan lalu lintas
#LTU
#JKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan