KUALA LUMPUR:Dengan lebih 200 sesi on-demand daripada lebih 120 pakar teknologi dari seluruh negara, TECHFEST2020 LIVE yang mengetengahkan perkongsian inspirasi kisah kejayaan berkaitan teknologi serta inovasi terbaharu model perniagaan oleh peneraju industri merupakan acara yang harus anda sertai!

Mengangkat konteks manfaat kemajuan serta bagaimana adaptasi teknologi dapat memberi makna kepada kehidupan kita, persidangan dianjurkan TECHFEST Live! X ROAD TO WCIT Malaysia bakal menemui umum bersama tema ‘Reframe. Renew. Reimagine.’.

Festival digital tersebut akan dianjurkan secara hibrid termasuk online, manakala acara eksklusif fizikal pula bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Baru, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 18 November ini.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, kerajaan negeri membuat keputusan mengadakan edisi istimewa acara World Congress On Information Technology dengan kerjasama ROAD TO WCIT Malaysia dan Penang TECHFEST2020 LIVE sebagai penaung digital festival.

Ke arah Visi 2030 Pulau Pinang untuk menggerakkan pulau mutiara sebagai negeri PINTAR, ia turut dilihat selaras dengan misi TECHFEST2020 LIVE bagi merangka semula teknologi dan kehidupan yang lebih baik menerusi manfaat inovasi kepada masyarakat melalui objektif penganjuran festival ini.

Sekiranya anda merupakan syarikat permulaan (startup), terlibat korporat, ahli akademi atau institusi penyelidikan mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ini peluang yang perlu anda ketahui serta perkara menarik tentang persidangan TECHFEST Live!:
  1. TECHFEST Live! memberi peluang untuk meneroka pasaran Asia Tenggara yang lebih luas dengan populasi sebanyak 650 juta penduduk menerusi paparan bersama teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia sekali gus membuka peluang jalinan rangkaian kepada 3,000 individu berpengaruh global seperti para peneraju industri, pelabur, pengasas dan pengurusan tertinggi korporat (C-suite).
  2. Kira-kira sebanyak 300 syarikat permulaan terlibat teknologi bakal mempamerkan inovasi masing-masing dalam sesi istimewa, TECH MARKETPLACE.
  3. Pameran dilakukan secara online turut meneroka peluang perniagaan baharu, rakan kerjasama ideal dan pasaran modal.
  4. Lebih 200 sesi on-demand dengan sekurang-kurangnya 120 pakar termasuk peneraju industri dari seluruh dunia berkongsi pengalaman berkaitan inovasi model perniagaan baharu dan inspirasi kisah-kisah kejayaan dalam adaptasi teknologi.
  5. Ia ditayangkan siaran langsung dengan 77 peratus penembusan isi rumah di seluruh Malaysia.
 
Sumber Facebook TechFestMalaysia

Sertai perbincangan tentang bagaimana teknologi merevolusikan gaya kehidupan kita khususnya ketika tempoh pandemik COVID-19. Pengunjung boleh mendapat inspirasi perniagaan jenama Dabao yang meneroka pelan perniagaan mampan daripada offline-to-online dalam usahaniaga makanan dan minuman.

Anda turut berpeluang untuk mengikuti perkongsian daripada pelbagai organisasi termasuk SOLS Energy yang merupakan syarikat pakar dan berlesen dalam mereka, memasarkan, memasang serta menyelenggara sistem kuasa solar bagi residensi, komersial selain pemilikan industri.

Persidangan ini turut memberi fokus kepada perbincangan perkembangan terbaharu dalam dunia teknologi pan-Asia dan startup selain membariskan pemimpin industri antarabangsa dan penginovasi teknologi. Ia sekali gus mewujudkan usaha penyampaian pengetahuan berguna bagi membantu syarikat-syarikat lain agar berdaya saing dalam pasaran yang kompetitif ketika ini.

Daripada pengalaman teknologi dan gaya hidup digital kepada etika teknologi serta inovasi urban, barisan penceramah termasuk Katrina Rausa Chan juga David N. Barnes pastinya akan memberi informasi bermanfaat kepada para pengunjung yang hadir.

Selain membawa sesi perbincangan inovasi dan teknologi maju, TECHFEST Live! X ROAD TO WCIT Malaysia turut menganjurkan majlis anugerah The 2020 WITSA Global ICT Excellence Awards bagi memberi pengiktirafan dan penganugerahan kepada syarikat serta organisasi yang memberi sumbangan signifikan pada tahun 2020.

Terdapat sembilan anugerah yang akan disampaikan pada majlis tersebut termasuk kategori Penyelesaian Teknologi bagi Kawasan Setempat dan Bandar bagi Memerangi COVID-19, Penyelesaian Teknologi bagi Negara-negara dan Rantau bagi Memerangi COVID-19, Penyelesaian Terbaik Industri bagi Memerangi COVID-19, Anugerah Perkongsian Awam/Persendirian, Anugerah Peluang Digital dan inklusif, Pertumbuhan Mampan, Penyelesaian Inovasi ekesihatan, Inovasi Digital serta Ependidikan dan Pengajaran.

Penganugerahan tersebut diiktiraf oleh World IT dan Service Alliance yang merangkumi lebih 90 peratus pasaran teknologi maklumat dan komunikasi dunia.

Ini adalah peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama, merangsang jualan dan mendekati pengguna dalam pelbagai kaedah rangkaian. Sertai kami dan berhubung bersama pakar-pakar tekonologi dengan mendaftar syarikat anda di techfest.my sekarang!.

TECHFEST Live! X ROAD TO WCIT turut mendapat kerjasama antaranya daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Invest-in-Penang Bhd. (InvestPenang), Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan 5G Malaysia.

Rakan kerjasama bagi penganjuran TECHFEST Live! X ROAD TO WCIT

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.