PASIR SALAK: Naib Presiden UMNO, Dr Faizal Tajuddin mahu meneruskan legasi kepimpinan cemerlang parti itu di Pasir Salak sebagaimana dilakukan ayahnya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Faizal yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan kali ini berkata, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan parti keramat itu kembali 'bernyawa'.
Menurutnya, tanggungjawab itu nanti mampu digalas dengan baik memandangkan kejayaan mengemudi Jabatan Komunikasi, Penyelidikan dan 'War Room' sebelum ini, membantu UMNO mengekalkan kemenangan di Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14.
"Apa sahaja aktiviti UMNO yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini merupakan hasil idea dan pro tindakan yang war room sediakan.
"Selepas rekod mengecewakan pada PRU12, kita bagi pandangan dan desak agar kepimpinan jalankan, maka dengan itu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat capai prestasi lebih baik.
"Jadi walaupun ketiadaan Datuk Seri Tajuddin (dalam barisan kepimpinan) nanti, segala pelan tindakan yang digunakan selama ini akan kita teruskan untuk berikan kembali kemenangan kepada kita," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian di sini.
Tajuddin menggalas tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi BN di Parlimen Pasir Salak sejak 2008 sehingga PRU14.
Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggantung keahlian Tajuddin selama enam tahun telah menghalang pemimpin veteran itu daripada mempertahankan jawatan parti di peringkat bahagian.
Pada pemilihan parti kali ini, Faizal bakal berdepan dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Khairul Azwan Harun.
Khairul Azwan pada PRU15 gagal mempertahankan kerusi berkenaan apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya yang memperoleh majoriti 5,003 undi dalam pertembungan empat penjuru.
Mengulas lanjut, Faizal berkata, pemulihan prestasi UMNO di kawasan itu perlu dilakukan bermula daripada jawatankuasa peringkat bahagian.
Katanya, pengalamannya dalam kepimpinan parti bermula dari peringkat cawangan sebelum aktif dalam jentera pemuda dan jawatankuasa bahagian turut memberi kelebihan untuk memahami denyut nadi, kehendak dan aspirasi akar umbi.
"Saya telah berbincang dengan ayahanda terlebih dahulu, bukan sebab beliau ayah, tetapi sebagai mantan Ketua Bahagian yang sudah berpengalaman dalam politik.
"Sama seperti rakan-rakan lain yang berjumpa dengannya meminta pandangan sama ada kita layak bertanding atau tidak, kita mohon pandangan dan bimbingan daripada beliau," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 07 2023
FAIZAL: Walaupun dengan ketiadaan Datuk Seri Tajuddin dalam barisan kepimpinan nanti, segala pelan tindakan yang digunakan selama ini akan diteruskan untuk berikan kembali kemenangan kepada kita. - Foto Sinar Harian
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.