awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2023
14:14 MYT
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - Sinar Harian
PASIR SALAK: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak baharu dalam mesyuarat perwakilan parti itu di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, Changkat Lada di sini pada Sabtu.
Khairul Azwan, 47, menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Keputusan tidak rasmi setakat jam 7 petang menyaksikan Khairul Azwan memperoleh 342 undi manakala Faizal mendapat 296 sokongan.
Kemenangan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO itu sekali gus menamatkan legasi Tajuddin yang menggalas jawatan itu sejak 2004.
Beliau yang dikenali sebagai Azwan Bro juga turut bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) sesi 2023-2026 kali ini.
Kerusi Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak kosong setelah Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun.
Bagaimanapun, sehingga jam 8 malam, keputusan bagi lain-lain jawatan masih belum diperolehi.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azwan Bro
#Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak
#Khairul Azwan Harun
#Faizal Tajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan