KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan tekanan inflasi rendah terus ketara di Malaysia sehingga sekurang-kurangnya separuh pertama 2024 berikutan prestasi rantaian bekalan domestik yang lebih baik, penstabilan kadar faedah dan normalisasi harga komoditi global.
Pada masa sama, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata risiko penurunan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada 2024 akan melanjutkan penyusutan ringgit selain lonjakan harga petrol dan diesel berikutan langkah rasionalisasi subsidi.
Dalam nota tinjauannya hari ini, MIDF Reseach berkata harga pengeluar Malaysia kembali mencatat deflasi sebanyak -0.3 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023 selepas bulan sebelumnya mencatat inflasi pertama dalam tempoh lapan bulan iaitu +0.2 peratus tahun ke tahun.
Penurunan itu didorong oleh penyederhanaan inflasi bahan mentah IHPR sebanyak +5.3 peratus tahun ke tahun (September 2023: +5.4 peratus tahun ke tahun).
Selain itu, kata MIDF Research, harga barangan perantara terus susut selama tujuh bulan berturut-turut, -3.0 peratus tahun ke tahun manakala inflasi input bagi barangan siap berkurangan ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan pada +2.2 peratus tahun ke tahun.
Malah, sebagai perbandingan dengan bulan sebelum ini, harga pengeluar keseluruhan turun 0.3 peratus bulan ke bulan bagi Oktober 2023 manakala kos bahan perantara dan barangan siap masing-masing susut 0.2 peratus dan 0.6 peratus bulan ke bulan dengan harga bahan mentah tidak berubah.
Menurut MIDF Research, bagi tempoh 10 bulan terkumpul pada 2023, IHPR keseluruhan turun 2.0 peratus tahun ke tahun manakala inflasi input bagi bahan mentah, bahan perantara dan barangan siap masing-masing mencatat -11.4, -0.8 peratus dan +3.4 peratus tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Risiko penurunan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada 2024 akan melanjutkan penyusutan ringgit selain lonjakan harga petrol dan diesel berikutan langkah rasionalisasi subsidi. - Gambar hiasan
Ragbi: Skuad Bunga Raya 15's dibelasah Korea Selatan 5-55
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah negara memulakan kempen Kejohanan Ragbi Asia 2024 dengan tewas 5-55 kepada Korea Selatan.
China tidak akan benarkan Taiwan merdeka
Pertahanan China, Dong Jun, hari ini memberi amaran bahawa tenteranya bersedia untuk menghentikan kemerdekaan Taiwan secara paksa selain berharap rundingan dan kerjasama lebih meluas dengan Amerika Syarikat .
Chile sertai Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel di ICJ
Presiden Chile Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Zelenskiy bertemu pemimpin di Singapura, dapatkan sokongan sidang kemuncak keselamatan
residen Ukraine, Volodomyr Zelenskiy memaklumkan sebanyak 106 negara dan pertubuhan telah bersetuju mengambil bahagian dalam satu sidang di Switzerland pada pertengahan Jun ini bertujuan untuk membawa keamanan kepada negaranya yang dilanda peperangan yang mana Rusia cuba mengganggu usaha keamanan tersebut.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Lapan lagi calon daftar untuk bertanding jawatan Presiden Iran
Lapan lagi calon presiden telah mendaftar untuk bertanding jawatan presiden Iran menjelang pilihan raya awal pada akhir Jun, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Jenazah pendaki rakyat Malaysia berjaya dibawa turun
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, ingin memaklumkan bahawa jenazah pendaki warganegara Malaysia yang meninggal dunia di Mount Denali, Alaska, Amerika Syarikat telah selamat dibawa turun dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor percaya aliran air berwarna biru ke Sungai Kandis yang dikesan pada Sabtu berpunca daripada pembuangan bahan berwarna pihak tidak bertanggungjawab.
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.
MIDF Research unjur ringgit lebih kukuh pada 2024
MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.