awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi maklumat berpotensi jadi sebahagian ekonomi arus perdana - Fahmi

Bernama
Bernama
18/06/2023
23:15 MYT
Teknologi maklumat berpotensi jadi sebahagian ekonomi arus perdana - Fahmi
FAHMI: Kita mesti ada beberapa persiapan terutama dalam bidang AI, apa kerangka kawal selia, undang-undang yang kita kena ada untuk memastikan AI ini selamat digunakan serta dimanfaat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bidang teknologi maklumat berpotensi menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana.
Beliau berkata ini berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan kejayaan negara dalam menarik minat pemain industri teknologi data untuk melabur di Malaysia.
"... dalam enam, tujuh bulan kebelakangan ini, Malaysia menjadi destinasi pelaburan untuk pusat pemprosesan data dan ini membolehkan kita ada superhighway untuk data... kalau kita dah ada lebuh raya untuk pemprosesan data ini, apa yang ekonomi kita boleh jana ...yang syarikat-syarikat di Malaysia boleh lakukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi," katanya ketika ditemu bual penyampai Radio Emas Zaharah Othman semasa menghadiri Minggu Teknologi London baru-baru ini.
Fahmi berkata Malaysia juga perlu melakukan beberapa persiapan kerana penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas membabitkan penggubalan undang-undang dan kerangka kawal selia untuk memastikan teknologi itu selamat digunakan.
"Kita mesti ada beberapa persiapan terutama dalam bidang AI, apa kerangka kawal selia, undang-undang yang kita kena ada untuk memastikan AI ini selamat digunakan serta dimanfaat sekali gus boleh membantu kita meningkatkan produktiviti dan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Teknologi Maklumat
#ekonomi arus perdana
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan