KANGAR: Tekong darat yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini boleh dianggap sebagai pengkhianat negara kerana tindakan mereka itu yang dipercayai kebanyakannya warga tempatan, seolah-olah menjual kedaulatan negara, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.
Beliau berkata daripada risikan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati bahawa tekong darat mengenakan bayaran sekitar RM1,000 hingga RM2,000 seorang mengikut perjanjian yang dipersetujui dengan pendatang asing.
"Mengikut statistik sejak pembukaan pintu sempadan pada 1 April hingga 19 Mei lepas sebanyak 114 pendatang asing telah ditahan, 94 orang daripadanya merupakan warga Myanmar, seorang warga Indonesia, enam orang merupakan warga Thailand dan tiga daripadanya merupakan tekong warga tempatan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Surina berkata modus operandi yang digunakan tekong ialah pendatang asing dibawa masuk melalui pintu sempadan Thailand-Malaysia oleh seorang individu dan disambut individu lain untuk menghantar mereka ke destinasi lain di seluruh negara.
Beliau berkata polis juga telah mengesan beberapa kawasan atau laluan 'hot spot' yang digunakan tekong darat iaitu jalan laut di perairan Kuala Perlis, Sungai Udang dan Sanglang, jalan darat melalui kawasan ladang tebu di Padang Besar, ladang getah, Felda Mata Ayer dan laluan Kereta Api Tanah Melayu (KTM), Padang Besar serta kawasan pagar sempadan.
Surina berkata mereka yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran boleh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membantu pendatang tanpa izin menyediakan tempat persembunyian dan melindungi mereka termasuk pemandu e-hailing supaya tidak menggunakan perkhidmatan mereka membawa pendatang dari kawasan sempadan ke tempat dituju.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Datuk Surina Saad berkata tindakan mereka itu yang dipercayai kebanyakannya warga tempatan, seolah-olah menjual kedaulatan negara. - Foto BERNAMA
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen
358 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 158 daripadanya ditahan kerana tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket 'Ali Rohingya’
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan etnik Rohingya dalam satu operasi khas di sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Pendatang tanpa izin digesa sertai Program Repatriasi Migran bermula 1 Mac
Susulan Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Dis ini.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Operasi pencarian pendatang tanpa izin lolos dihentikan - Saifuddin Nasution
Pencarian saki-baki pendatang tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas kini dibuat berdasarkan laporan orang awam.