awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong lari tinggalkan 200kg daun ketum

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2022
21:00 MYT
Tekong lari tinggalkan 200kg daun ketum
Sampan yang ditinggalkan penyeludup di Pulau Ketam dan dirampas oleh PPM Wilayah Satu Langkawi. (Gambar kecil) Tekong tersebut meninggalkan sampan yang membawa 200kg daun ketum berhampiran Pulau Ketam pada Ahad. -Foto Polis Marin
KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menggagalkan usaha menyeludup 200 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran berhampiran Pulau Ketam pada Ahad.
Komander PPM Wilayah Satu Langkawi, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, bot ronda pasukan tersebut mengesan sebuah sampan di sempadan laut Malaysia-Thailand pada jam 4.30 pagi.
Menurutnya, menyedari kehadiran PPM, tekong sampan itu memecut ke arah pantai berdekatan untuk meloloskan diri.
"Panik akibat dikesan oleh bot ronda penguat kuasa, lelaki dipercayai tekong sampan tersebut nekad memecut laju ke arah pantai sebelum meloloskan diri ke kawasan hutan bakau berdekatan.
"Pemeriksaan dibuat di atas sampan terbabit menemukan 20 bungkusan plastik hitam mengandungi 200kg daun ketum," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, nilai keseluruhan daun ketum, sampan dan enjin dianggarkan bernilai RM15,000 dan kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ketum
#polis marin
#Shamsol Kassim
#Pulau Ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan