awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terengganu kembali banjir, 369 mangsa dipindahkan di tiga daerah
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa - Nancy

Shaibullah Sabeli
Shaibullah Sabeli
12/01/2018
11:29 MYT
#Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa - Nancy
Sudah banyak bantuan dan peruntukan disediakan kepada pemandu teksi seperti peruntukan geran RM5000 kepada pemandu teksi untuk membeli kenderaan baru dalam usaha menaik taraf perkhidmatan mereka, kata Nancy Syukri.
Pemandu teksi sepatutnya boleh menilai pihak manakah yang sebenarnya membantu mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
“Ini mesej saya kepada (Datuk) Shamsubahrin (Penasihat Big Blue Taxi Facilities), dialah yang mengenakan caj kepada pemandu teksi lain yang ambil penumpang di KLCC, malah kenakan harga RM5.
"Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh beliau sendiri. Ini bermakna, dialah (Shamsubahrin) yang menghisap darah pihak teksi sendiri, bukannya mahu tolong,” katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Shamsubahrin yang mendakwa kononnya 70 peratus daripada keseluruhan pemandu teksi di Malaysia akan mengundi pakatan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Tambah Nancy, sudah banyak bantuan dan peruntukan disediakan kepada pemandu teksi seperti peruntukan geran RM5,000 kepada pemandu teksi untuk membeli kenderaan baru dalam usaha menaik taraf perkhidmatan mereka.
Inisatif yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2018 itu melibatkan peruntukan keseluruhan RM150 juta dan membolehkan pemandu teksi memilih serta membeli sendiri kenderaan baru, mengikut kemampuan mereka.
Beliau juga mengulangi seruannya untuk mengajak lebih ramai pemandu teksi menggunakan platform e-hailing.
Katanya, pemandu teksi yang menggunakan platform e-hailing lebih beruntung berbanding pemandu Grab atau Uber.
“Sebenarnya, memang kita menggalakkan supaya pemandu teksi menggunakan platform Uber dan Grab kerana mereka boleh mengambil penumpang di tepi jalan atau ‘street hailing’ dan juga e-hailing," tambah Nancy.
Shamsubahrin dalam kenyataanya semalam, meminta kerajaan berhenti menyokong platform e-hailing sehinggalah RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 dikuatkuasakan.
Beliau juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan kepada pemandu teksi untuk menukar enjin teksi mereka kepada enjin elektrik.
Topic Berkaitan
#bajet
#Big Blue Taxi Facilities
#grab
#kerajaan
#menteri
#Nancy Shukri
#pembangkang
#pilihan raya
#teksi
#Uber
#ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan