awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar

Bernama
Bernama
19/02/2022
10:23 MYT
TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar
NOH: Saya dapat aduan orang ramai yang mengatakan bayaran lambat, sebenarnya perkara tersebut (berlaku) ialah kerana sistem ini telah dikesan digodam pada 8 Feb menyebabkan sistem ini terganggu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: TEKUN Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata pada awalnya, TEKUN Nasional menjelaskan isu kelewatan dalam memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan SPIM adalah disebabkan gangguan teknikal, namun setelah siasatan dalaman dilakukan, ia dikenal pasti berpunca daripada digodam.
"Saya dapat aduan orang ramai yang mengatakan bayaran lambat, sebenarnya perkara tersebut (berlaku) ialah kerana sistem ini telah dikesan digodam pada 8 Feb menyebabkan sistem ini terganggu.
"Jadi kerana itu, TEKUN telah membuat laporan polis. Walaupun sistem ini telah digodam, TEKUN masih terus membuat bayaran secara manual antaranya menerusi cek," katanya pada sidang media selepas program SPIM Bantu Usahawan Pulih Perniagaan Semasa Pandemik COVID-19 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kes berkenaan tidak melibatkan sebarang kerugian wang dan ia masih dalam siasatan polis.
Noh berkata pihaknya menerusi TEKUN Nasional melancarkan SPIM bagi membantu usahawan yang terjejas akibat COVID-19 dan banjir, dan permohonan dibuka bermula 1 hingga 15 Jan lepas dengan dana berjumlah RM200 juta.
Beliau berkata sebanyak 23,767 permohonan telah diterima dan setakat 15 Feb lepas, 15,902 permohonan telah diluluskan melibatkan RM130.5 juta.
"Sehingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM110.1 juta kepada 13,370 usahawan di bawah SPIM melalui cetakan cek dan termasuk juga pindahan dana elektronik," katanya.
Beliau berkata penyaluran pembiayaan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada pertengahan Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TEKUN Nasional
#laporan polis
#sistem SPIM
#digodam
#Skim Pembiayaan Informal dan Mikro
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan