KUALA LUMPUR: Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, di sini, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut ekoran suspek memulangkan semula barang tersebut kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada Rabu menerima satu laporan berhubung perkara itu.
Dalam kejadian terbabit katanya, mangsa yang bekerja di kedai berkenaan didatangi seorang lelaki berpakaian serba hitam untuk melihat iPhone berwarna perak tersebut yang kemudian bersetuju membeli telefon bimbit itu.
"Mangsa meminta supaya suspek menulis butiran di atas resit pembayaran, namun secara tiba-tiba suspek telah bertindak mengambil telefon bimbit tersebut yang berada di atas meja lalu melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa telah menarik semula aduan yang dilaporkan pada Khamis kerana telefon bimbit tersebut telah dikembalikan oleh orang awam.
"Pengadu telah menyelesaikan kes ini secara baik bersama suspek tersebut. Kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter yang memaparkan kejadian kecurian tersebut.
Video berdurasi 39 saat yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan dengan jelas perbuatan suspek itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 21 2023

Rakaman video tular mengenai kes kecurian telefon bimbit iPhone di sebuah kedai di Wangsa Maju. - Sinar Harian

Pemilihan PKR: Tidak akan berlaku perpecahan dalam parti- Fahmi
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil yakin tidak akan berlaku sebarang perpecahan di dalam parti PKR pasca pemilihan peringkat pusat parti itu esok.

Pemilihan PKR: Fadhlina tekad perkasa wanita hadapi cabaran masa depan
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek meletakkan iltizam untuk memperkukuh sayap parti itu dan meneruskan perjuangan memperkasakan wanita.
RM11 bilion untuk perkukuh pertahanan negara - Khaled Nordin
Kementerian Pertahanan menandatangani pelbagai perolehan strategik bernilai RM11 bilion sempena LIMA 2025, termasuk aset darat, laut, udara serta pembangunan teknologi dan kebajikan anggota tentera.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Vietnam atas pemergian bekas presiden negara itu, Tran Duc Luong.

Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar
Cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun wajar diberikan perhatian dan pertimbangan.

Israel serang gudang bekalan perubatan di Gaza, cetus kebakaran besar
Serangan ke atas gudang bekalan perubatan menyebabkan kebakaran besar dan mengancam pengagihan bantuan serta keselamatan petugas kemanusiaan.

Kenderaan berat gagal patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi amaran tegas kepada pemilik lori dan kenderaan berat yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM)
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pemandangan yang tak pernah jemu dipandang. Kaabah tetap menakjubkan, dari mana pun kita melihatnya
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pandangan Kaabah yang tak tergambar indahnya. Subhanallah.
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Polis terima maklumat NGO bakal anjur perhimpunan di ibu negara Sabtu ini
Polis sahkan terima makluman perhimpunan Himpunan Melayu Berdaulat oleh NGO di Kompleks Sogo, dengan sasaran lebih 15,000 peserta; perbincangan dengan penganjur masih berlangsung. #AWANInews

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM
AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta.

Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis
Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Pencuri tetak kepala pengawal keselamatan, larikan 70 iPhone
Seorang pengawal keselamatan ditetak di kepala dalam kejadian samun kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong, di sini, awal pagi tadi.