awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024

Amanz
Amanz
16/12/2024
06:00 MYT
Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024
Telegram telah menghalang lebih 15 juta kumpulan dan saluran sepanjang 2024 kerana kandungan berbahaya. -Gambar hiasan/Reuters
TELEGRAM menerbitkan laporan moderasi kandungan mereka sepanjang 2024.

Ringkasan AI
  • Telegram telah menghalang lebih 15 juta kumpulan dan saluran sepanjang 2024 kerana kandungan berbahaya.
  • Sebanyak 707,576 bahan penderaan seksual kanak-kanak dan 130,119 komuniti propengganas telah dihalang.
  • CEO Telegram, Pavel Durov, ditahan di Paris kerana didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah yang melibatkan kandungan berbahaya.

Sehingga 15 Disember lalu, sebanyak 15,578,753 kumpulan dan saluran telah dihalang oleh Telegram kerana mengandungi kandungan yang berbahaya.
Setiap hari puluhan ribu kumpulan dan saluran dihalang selepas menerima laporan pengguna dan sistem yang menjejak kandungan yang melanggar terma serta syarat platform.
Daripada jumlah ini, 707,576 ialah bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) menerusi kerjasama Internet Watch Foundation yang sentiasa memantau kandungan sebegini.
Di samping itu 130,119 komuniti yang dilabel sebagai pro-pengganas juga telah dihalang oleh Telegram.
Jumlah kandungan yang dihalang meningkat tahun ini selepas CEO Telegram Pavel Durov ditahan di Paris kerana didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah melibatkan beberapa individu tertentu yang menyebarkan kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan atas talian, kegiatan pengganas dan transaksi haram. -Amanz
Topic Berkaitan
#Telegram
#Pavel Durov
#penderaan seksual kanak-kanak
#komuniti propengganas
#kandungan berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan