KUALA LUMPUR:Telekomunikasi memainkan peranan penting dalam menjayakan ekonomi gig, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, kemampuan sistem komunikasi negara yang amat baik telah membolehkan Malaysia memanfaatkan ekonomi berbentuk baharu ini secara lebih awal.
"Infrastruktur Internet merupakan salah satu faktor utama yang akan mencorakkan bagaimana kita akan menerima ekonomi gig ini.. bagi saya, ekonomi gig adalah keupayaan untuk berkomunikasi, tanpa keupayaan anda tidak akan dapat menguasai sistem ekonomi ini.
"Anda boleh melakukan banyak perkara dengan teknologi telekomunikasi yang baik.. apabila anda mempunyai kemudahan ini untuk berkomunikasi, ia akan membolehkan anda menerima pengalaman bagi melihat orang yang anda sedang berhubung, anda boleh mempunyai perbualan, persidangan atau mengambil bahagian dalam ekonomi gig ini,'' katanya di sini hari ini.
Dr Mahathir yang bercakap pada Persidangan Maya SEA Connect Creative 2020 - The Gig Revolution anjuran Creative Cloud Community, bagi berkongsi wawasan dan bagaimana untuk menerima ekonomi gig, berkata rakyat Malaysia dari semua peringkat umur perlu memanfaatkan peluang yang dipacu oleh ekonomi gig.
Dengan ekonomi gig, mereka yang tidak mempunyai kapasiti untuk menceburi perniagaan baru boleh menggunakan platform ekonomi baharu ini bagi tujuan menjual produk terus dari halaman rumah mereka sendiri, katanya.
''Dengan ekonomi gig ini, individu terutama mereka yang menganggur boleh mengadakan sumber pendapatan sekunder termasuk sebagai pemandu e-panggilan atau penghantar makanan,'' katanya sambil menasihatkan kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih mesra kepada pekerja ekonomi gig memandangkan pengenalan dasar yang ketat akan merencatkan pertumbuhan industri tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 16 2020
Menurut Tun Dr Mahathir, kemampuan sistem komunikasi negara yang amat baik telah membolehkan Malaysia memanfaatkan ekonomi berbentuk baharu ini secara lebih awal. - Astro AWANI/ Shahir Omar
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.