awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti kaedah manfaat lebihan makanan di bazar, elak pembaziran

Bernama
Bernama
17/02/2023
15:02 MYT
Teliti kaedah manfaat lebihan makanan di bazar, elak pembaziran
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh melihat antara lauk yang disediakan di Restoran Taj pada program jelajah Menu Rahmah hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti kaedah memanfaatkan lebihan makanan di bazar Ramadan bagi mengelakkan pembaziran, kata Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian berharap lebih banyak pihak melibatkan diri dalam insiatif itu yang bertujuan membantu rakyat kurang berkemampuan, sebagaimana pelaksanaan Menu Rahmah.
"Kita ada perancangan kerana ada banyak lebihan makanan di bazar...sedang bincang apa yang boleh dilakukan untuk memastikan makanan ini boleh dimanfaatkan.
"Kita sedang bekerja kuat untuk libat urus sebanyak mana yang boleh dan mahu membabitkan seluruh segmen masyarakat supaya mereka peroleh manfaatnya terutama mereka yang kurang bernasib baik pada waktu sahur," katanya.
Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Menu Rahmah di sebuah restoran di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah KPDN Datuk Azman Adam.
Mengulas pelaksanaan Menu Rahmah di Pahang, beliau berkata setakat ini terdapat 18 premis makanan telah berdaftar di direktori Menu Rahmah, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara kepada 512 premis.
Sementara itu, KPDN menerusi kenyataan media di sini memaklumkan premis yang telah menjual hidangan atau menu pada harga RM5 ke bawah boleh menjenamakan semula menu tersebut sebagai Menu Rahmah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Bazar Ramadan
#elak pembaziran
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan