MAKANAN sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Memilih makanan yang sihat dan penuh nutrisi adalah satu tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa.

Makanan sebenarnya bukan hanya untuk membekalkan nutrisi buat tubuh tetapi paling penting mempengaruhi perkembangan otak anak untuk membesar.

Pakar nutrisi berkongsi fungsi makanan dan apa yang terbaik untuk ibu bapa ketahui mengenai makanan yang diberikan buat anak-anak.

Makanan Untuk Otak

Pertumbuhan bayi dari sejak dilahirkan amat mempengaruhi perkembangan otaknya. Perkembangan otak yang baik juga akan membantu anak memiliki memori otak dan keterampilan yang baik untuk membesar.

Nutrisi dan gizi yang mencukupi sememangnya dapat mengoptimalkan kemampuan otak anak untuk berkembang. Sebenarnya kandungan nutritsi ideal terkandung di dalam setiap makanan yang kita berikan buat anak-anak.

Akan tetapi, ada beberapa makanan tertentu yang memiliki fungsi khusus, iaitu meningkatkan kecerdasan anak. Makanan ini biasanya digelar sebagai brain food. Makanan-makanan ini dipercayai boleh meningkatkan konsentrasi dan daya ingat serta merangsang pertumbuhan sel-sel otak.

Makanan-makanan yang berkhasiat sememangnya penting kerana ia berupaya membantu kanak-kanak dari segi tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak. Dalam masa yang sama, makanan turut menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Makanan Paling Baik

Antara makanan otak untuk kanak-kanak yang paling biasa disyorkan ialah ikan salmon, tuna, telur, kekacang, bijirin, pelbagai jenis beri, pelbagai jenis sayur, susu, yogurt dan juga protin yang rendah lemak.

Berikut merupakan senarai makanan dengan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

1. Salmon (Asid lemak Omega 3, DHA, EPA)

Menjaga kelenturan otak, meningkatkan inteligensi, tingkah laku, emosional dan sosial. Meningkatkan daya tumpuan dan memikiran yang lebih tajam.

2. Telur (Sumber protein yang penting, kandungan kolin yang tinggi)

Kolin penting untuk membantu perkembangan daya ingat atau memori.

3. Kekacang (Banyak tenaga dibekalkan oleh kekacang seperti karbohidrat kompleks dan protein)

Dapat memberikan tenaga lebih lama dan membantu kemampuan berfikir kanak-kanak.

4. Gandum murni/Oat (kaya dengan vitamin B, E, kalsium dan zink)

Membekalkan energi yang penting untuk otak. Membantu perkembangan dan kesihatan sel-sel dan saraf tissues supaya otak berfungsi optimal.

5. Sayur-sayuran berwarna

Contoh sayur: bayam, ubi jalar merah, brokoli, tomato, lobak merah, labu, kobis merah. Kaya nutrisi dan antioksidan yang membatu sel-sel otak menjadi sihat.

6. Buah Berry (antioksidan, vitamin C, omega 3)

Mencegah kanser, perbaikan fungsi day ingat

7. Susu dan yogurt (Vitamin B)

Meningkatkan pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter, sumber energy otak.

8. Protein Rendah Lemak (zat besi)

Membantu anak tetap berkonsentrasi, menjaga daya ingatan.

Tip dan cara masak

Cara yang paling sesuai untuk menyediakan makanan untuk anak-anak adalah dengan clean eating method iaitu seasli yang boleh.

Ajar anak-anak kita untuk makan buah-buahan dan sayur yang segar.

Belajar untuk makan sayur-sayuran tanpa mengunakan minyak yang banyak. Disarankan mengikut cara makan sihat seperti kurang minyak, garam dan gula.

Untuk kanak yang picky eater, resipi pengolahan boleh digunakan supaya makanan nampak lebih menarik. Pilihlah makanan yang benar-benar baik untuk kecerdasan otak supaya anak makin pintar seiring dengan perkembangan fisikal dan mentalnya.


Artikel ini diterbitkan oleh Majalah Pa & Ma pada 10 Februari, 2021


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !