awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
00:45 MYT
Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
Sebelum ini, polis memaklumkan, lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella sejak 14 Disember lalu.
BATU PAHAT: Teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita itu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang Jumaat.
Lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat kurier direman sejak 25 Disember lalu mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, Ismail berkata, hasil siasatan tidak boleh didedahkan kerana bimbang mengganggu usaha polis untuk merungkai misteri kehilangan ibu tunggal itu.
Sebelum ini, Ismail dilaporkan berkata, lima individu sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella sejak 14 Disember lalu.
Dua laporan polis mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya masing-masing pada 16 dan 18 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Bella yang merupakan ibu kepada dua anak berusia empat tahun dan setahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bella
#orang hilang
#ibu tunggal
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan