awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di KLIA: 'Tiada kaitan aktiviti keganasan' - KP Selangor

Faida Rahim
Faida Rahim
14/04/2024
01:30 MYT
Tembakan di KLIA: 'Tiada kaitan aktiviti keganasan' - KP Selangor
Hussein turut mengesahkan pengawal peribadi yang terkena tembakan di bahagian perut kini stabil dan sedang menerima rawatan di hospital Cyberjaya. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu insiden itu melibatkan isu peribadi yang mana seorang lelaki tempatan melepaskan tembakan ke arah isterinya dan terkena pembantu peribadinya.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pengawal peribadi yang terkena tembakan di bahagian perut kini stabil dan sedang menerima rawatan di hospital Cyberjaya.
"Saya mengesahkan berlaku kejadian tembak pada awal pagi tadi dalam 1.30 pagi iaitu di ruang ketibaan tingkat tiga KLIA 1, di mana satu lelaki tempatan telah melepaskan dua tembakan ke arah isteri dia yang sedang menunggu di ruang tersebut.
"Tetapi tembakan itu telah kena kepada salah satu pengawal peribadi dia dan lelaki tersebut terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta.
"Yang cedera dalam kejadian tersebut hanya seorang sahaja dan keadaan dia stabil di Hospital Cyberjaya. Pihak polis telah kenal pasti individu tersebut dan sedang menggerakan operasi mengesan dia.
"Kejadian itu isu peribadi antara dia dengan isteri dia dan tidak melibatkan aktiviti keganasan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan memberitahu suasana di KLIA berada dalam keadaan terkawal dan selamat.
Hussein berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan dipercayai melarikan diri ke utara.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata api.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#KLIA
#tembakan
#pengawal peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan