awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempat duduk Muhyiddin di dalam Dewan Rakyat akan berubah

Bernama
Bernama
01/07/2016
10:22 MYT
Tempat duduk Muhyiddin di dalam Dewan Rakyat akan berubah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pemecatan Muhyiddin (gambar) dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO. - Gambar fail
Tempat duduk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat akan dipindahkan ke kawasan blok bebas pada penggal persidangan Oktober ini ekoran pemecatannya daripada UMNO.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata Muhyiddin dicadang diletakkan di blok sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun keputusan pertukaran tempat duduk itu akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, katanya.
BACA: 'Perlu kaji keupayaan untuk wujudkan satu platform politik baharu' - Muhyiddin
BACA: 'Selamat tinggal UMNO' - Muhyiddin Yassin
"Pada masa ini pembahagian kedudukan wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga iaitu blok Barisan Nasional (BN), blok pembangkang dan blok bebas.
"Kelazimannya mana-mana wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada sesuatu parti akan diletakkan di kawasan blok bebas," katanya kepada pemberita pada majlis penutup tadarus al-Quran bagi peserta lelaki kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid An-Nur di sini hari ini.
Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang Senator Norehan Abu Bakar.
Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau menjelaskan bahawa tempat duduk Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kekal memandangkan beliau hanya digantung daripada parti.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO berkuat kuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#pemecatan
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan