awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh DUN Sarawak tamat 6 Jun, Abang Johari bakal menghadap Agong

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
15/05/2021
11:31 MYT
Tempoh DUN Sarawak tamat 6 Jun, Abang Johari bakal menghadap Agong
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, bagi memaklumkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat iaitu pada 6 Jun 2021. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagi memaklumkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat iaitu pada 6 Jun 2021.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, tarikh pembubaran DUN Sarawak hanya akan ditetapkan kelak selepas perbincangan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Dalam norma biasa, DUN Sarawak sepatutnya dibubar untuk mengembalikan mandat serta hak demokrasi rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya.
"Tetapi, negara pada ketika ini dibawah perintah darurat kesihatan pandemik COVID-19 sehingga 1 Ogos 2021," katanya.
Ujar beliau, tarikh 6 Jun adalah merupakan tarikh tamat lima tahun dari tarikh mesyuarat DUN selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016.
"Pembubaran DUN akan ditetapkan pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas beliau (Ketua Menteri) berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak," tambahnya.
Justeru, kata Alexander, barisan pemimpin kerajaan negeri yakin diatas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan TYT Sarawak berhubung perkara itu.
Tegasnya, semasa perintah darurat kesihatan pandemik COVID-19, kehidupan rakyat terus menjadi keutamaan.
Topic Berkaitan
#Tempoh DUN Sarawak tamat
#Tarikh DUN bubar
#Ketua Menteri Sarawak
#Yang di-Pertuan Agong
#Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
#Yang Dipertua Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan