PUTRAJAYA : Tempoh jangka hayat baharu bagi tujuh produk vaksin COVID-19 dilanjutkan bagi tempoh 12 hingga 24 bulan.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan permohonan variasi itu sepanjang tempoh 22 April sehingga 20 Disember lalu.
"Kelulusan pelanjutan jangka hayat ini adalah secara retrospektif, bermaksud ianya juga terpakai kepada semua stok termasuk yang diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat ini diluluskan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tujuh produk tersebut adalah Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022A) yang dikilangkan Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039AS), Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (MAL22016037AZ) serta Comirnaty (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection (MAL22016036AZ) yang dikilangkan di BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.
Produk vaksin yang lain adalah CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (MAL21036010AR) dikilangkan di Sinovac Life Sciences Co. Ltd. China; CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (MAL21046125ACSZ) yang dikilangkan Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dan Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection (MAL21066050AZ) dengan pengilangnya adalah Cansino Biologics Inc, China.
Menurutnya, sebagai makluman, penentuan jangka hayat produk farmaseutikal termasuk vaksin adalah berdasarkan kajian kestabilan yang dijalankan oleh pihak pengilang pada suhu penyimpanan tertentu mengikut masa sebenar.
Beliau berkata, pengumpulan data untuk kajian stabiliti pada kebiasaannya akan lengkap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
"Buat masa ini, memandangkan terdapat keperluan segera vaksin bagi menangani wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pendaftaran bersyarat telah diberikan kepada produk vaksin berdaftar ini dan pengilang telah dibenarkan untuk mengemukakan data ujian stabiliti dari semasa ke semasa," katanya.
Norhaliza berkata, data terbaru dan terkini akan dikemukakan kepada NPRA melalui permohonan variasi.
"Data ini akan dinilai untuk memastikan kualiti vaksin masih sama sepertimana pada masa ianya diluluskan," katanya.
Tambah beliau lagi, tempoh jangka hayat produk vaksin COVID-19 akan dilanjutkan sekiranya data yang dinilai didapati memenuhi keperluan regulatori.
"Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput yang sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA," katanya.
Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tarikh luput vaksin COVID-19 telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Tarikh luput vaksin COVID-19 telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.- BERNAMA

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018
Antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, dan menerima tawaran menjadi pensyarah.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

KKM kemuka senarai fasiliti kesihatan daif kepada MOF dalam masa terdekat
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.

KKM dan Lembaga Tabung Haji(TH) kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah haji
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim ini seperti tahun sebelumnya.

51 kes cubaan bunuh diri berjaya diselamatkan sejak Okt 2022 - Lukanisman
Lukanisman berharap semua pihak terutama pempengaruh media sosial membantu mempromosikan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini.

KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.

Pengalaman petugas HKL hadapi COVID-19 dibukukan
Pengalaman petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) melawan wabak COVID-19 tiga tahun lepas diceritakan dalam sebuah buku bertajuk 'Coffee Table Book COVID-19 HKL' yang dilancarkan hari ini.

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.

KKM peruntuk RM9.3 juta baik pulih 38 klinik daif di Kelantan
Peruntukan itu diluluskan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2023 bagi mengurangkan kesesakan di hospital.

14,426 pesakit buah pinggang jalani dialisis sepanjang tahun lepas - Dr Zaliha
Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.