Penentuan tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk musim perayaan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata selain mesti memenuhi peraturan 11 hari tempoh minimum berkempen yang ditetapkan, SPR tidak boleh menetapkan tempoh berkempen mengikut kehendak mana-mana parti politik yang akan bertanding.
"Daripada segi tempoh, bergantung kepada kuasa SPR. Bagi SPR, kita perlu lihat banyak aspek. Perlu lihat kalender, PRU jatuh pada bulan apa...adakah pada bulan puasa atau hari raya? Ini semua kita perlu ambil kira.
"Kalau tanya saya, saya setuju sahaja, (tempoh kempen) panjang tidak apa, pendek pun tidak apa tetapi kita mengharapkan supaya ada etika dalam berkempen," katanya pada sesi soal jawab dalam Taklimat Media dan Pilihan Raya di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata demikian ketika menjawab soalan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh mengenai permintaan sesetengah parti politik yang mahu tempoh kempen yang lebih panjang pada PRU14.
Mengenai kempen undi rosak yang tular di media sosial baru-baru ini, Mohd Hashim berkata golongan berkenaan tidak sepatutnya meluahkan kemarahan dengan cara itu sebaliknya, menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi untuk memilih pentadbiran negara.
Beliau berkata dengan negara sudah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun dan bakal mengadakan PRU yang ke-14, gerakan seperti itu tidak wajar berlaku.
"SPR tidak rugi apa-apa. Hendak marah kepada parti politik? Itu bukan caranya, sepatutnya jika marah kepada parti politik, mengundilah," katanya.
Dalam PRU13, Mohd Hashim berkata sebanyak 173,868 atau 1.3 peratus undi telah ditolak daripada keseluruhan 13.26 juta pengundi antaranya kerana kertas undi diconteng sehingga tidak diketahui calon mana yang dipilih atau akibat memangkah kesemua calon pada kertas undi.
"Jadi, pada PRU14 ini, adakah perkara yang sama akan dibuat atau hendak merancakkan lagi keadaan sebegitu?" katanya sambil meminta kerjasama pihak media membantu SPR untuk memberi kesedaran kepada pengundi mengenai perkara itu.
Sehingga Suku Tahun Keempat 2017, SPR merekodkan 14,968,304 pemilih berdaftar melibatkan 7.3 juta lelaki (49.4 peratus) dan 7.5 juta perempuan (50.6 peratus), dengan 6.2 juta daripadanya berusia 21 hingga 39 tahun.
Mengulas isu 3.6 juta warga Malaysia berusia 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, Mohd Hashim melahirkan kebimbangan berhubung perkara itu kerana ia mampu mencorakkan pola pemilihan terhadap calon-calon pada masa depan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mewajibkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih dan mengundi, beliau berkata mereka seharusnya mempunyai kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengundi dalam menentukan masa depan negara.
Menjawab pertanyaan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab mengenai bendera pelbagai parti politik yang terdapat di banyak kawasan meskipun tarikh PRU14 belum diumumkan, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengekang perbuatan itu.
"Jika sebelum dibubarkan, kuasa untuk menurunkan bendera adalah di bawah pihak berkuasa tempatan dan terpulang kepada mereka untuk mengambil tindakan atau tidak.
"Selepas (Parlimen) dibubarkan, barulah SPR akan mengambil alih dan menetapkan peraturan-peraturan. Ada pasukan jawatankuasa yang memantau dalam tempoh kempen. (Antaranya) tidak boleh menggantung poster yang menggambarkan imej buruk individu tertentu," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 19 2018
Mohd Hashim berkata SPR tidak boleh menetapkan tempoh berkempen mengikut kehendak mana-mana parti politik yang akan bertanding. - BERNAMA/Fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan
Fahmi memandang serius insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen PRK DUN Sungai Bakap.
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut
Sembilan orang maut selepas sebuah pentas dalam acara kempen untuk parti politik runtuh pada petang Rabu di negeri Nuevo Leon di utara Mexico.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.