awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh lantikan Naib Canselor UUM dipendekkan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
03:50 MYT
Tempoh lantikan Naib Canselor UUM dipendekkan
Tempoh pelantikan Prof Dr Haim Hilman Abdullah (gambar kecil) sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan dan akan berakhir pada 18 Januari depan. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tempoh pelantikan Prof Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan dan akan berakhir pada 18 Januari depan.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti dan kepimpinannya," ujarnya pada Selasa.
Haim Hilman, 49, dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada 17 Januari lalu.
Sebelum dilantik ke jawatan itu, Haim Hilman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada University of Portsmouth, United Kingdom, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti berkenaan.
Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik dari Universiti Putra Malaysia pada 2010. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Naib Canselor UUM
#Haim Hilman Abdullah
#tempoh pelantikan
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan