awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar

Fareez Azman
Fareez Azman
09/01/2021
10:00 MYT
Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Menurut Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM dan Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi, Prof Madya Dr. Yusof Shaari berkata cadangan itu bagi memastikan negeri zon hijau tidak terkesan dari sudut ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ia dilaksanakan semula dengan memberikan tumpuan di beberapa negeri sahaja dan bukan di seluruh negara.
Menurut Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM dan Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi, Prof Madya Dr. Yusof Shaari, cadangan itu bagi memastikan negeri zon hijau tidak terkesan terutamanya dari sudut ekonomi.
"Dari segi bantuan kerajaan kita memahami, bahawa kita ambil kira kerajaan juga menghadapi kekangan kewangan, ruang fiskal kerajaan terhad tahun selepas kerajaan belanjakan lebih RM320 bilion untuk empat pakej rangsangan. Tahun ini kerajaan belanjakan dalam Belanjawan 2021 paling besar dalam sejarah sejak Merdeka.
"Dalam menghadapi keadaan ini, PKP bersasar tidak seperti Mac 2020, apa perlu dilakukan hanya negeri tertentu sahaja menghadapi situasi ini jadi amat penting sekarang, jika hendak dilaksanakan, tempoh tidak perlu terlalu lama.
"Tempoh pendek ini memberikan sedikit ruang kerajaan untuk mengurangkan sedikit tekanan untuk beri bantuan, memastikan mereka terkesan menerima mendapat bantuan sepatutnya," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Sabtu.
Malah tambahnya lagi, pemulihan ekonomi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri boleh dijadikan pengajaran.
"Kita mungkin dalam kerajaan saya andaikan PKPB di Selangor, KL sebelum ini harapnya dapat memberi pengajaran pengalaman, cerapan data lebih baik untuk membantu membuat keputusan.
"Kalau ingin melaksanakan PKP Bersasar dalam masa terdekat, kita telah lihat keadaannya, bantuan juga perlu bersasar tapi perlu diperhalusi dan diambil perhatian kerajaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PKP
#PKPB
#Pelaksanaan PKP
#ekonomi
#Astro Awani
#bersasar
#rakyat
#perniagaan
#tempoh
#Belanjawan 2021
#kerajaan
#COVID-19
#Dr Yusof Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan