awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh reman suspek kes dera kanak-kanak dilanjut

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
31/12/2022
03:00 MYT
Tempoh reman suspek kes dera kanak-kanak dilanjut
Kesemua individu berusia 15 hingga 37 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi diiringi polis. - Astro AWANI
BATU PAHAT: Tempoh reman lima rakan termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat dilanjutkan 7 hari sehingga 7 Januari depan.
Majistret, Siti Zubaidah Mahat membenarkan perintah sambung reman terhadap lima individu itu selepas tempoh reman suspek sejak 24 Disember berakhir hari ini.
Permohonan reman disambung bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak, namun diklasifikasikan di bawah 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa meninggal dunia.
Kesemua individu berusia 15 hingga 37 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi diiringi polis.
Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat.
BACA: Kanak-kanak mati didera lima rakan kakak
BACA: Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, menangis lihat jenazah
BACA: Permaisuri Johor berkenan ziarah kubur kanak-kanak maut didera
Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul di kepala.
BACA: 'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'
Selain itu terdapat kecederaan lain di tubuh badan mangsa termasuk kesan cucuhan api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.
Topic Berkaitan
#dera kanak-kanak
#reman
#suspek
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan