awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh tiga bulan untuk ADUN Perak isi borang isytihar harta - Speaker

Aida Aziz
Aida Aziz
23/08/2019
06:31 MYT
Tempoh tiga bulan untuk ADUN Perak isi borang isytihar harta - Speaker
Menurut Ngeh, maklumat isytihar harta kesemua ADUN akan dipaparkan dalam tempoh tiga bulan di dalam portal SPRM. - Foto Astro AWANI
Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak diberi masa tempoh masa tiga bulan untuk mengisi dan menghantar borang pengisytiharan harta masing-masing.
Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham, Akuan Berkanun Borang Pengisytiharan harta ADUN telah dihantar pada mereka secara pos (Pos Laju) pada 21 Ogos 2019 untuk dilengkapkan sebelum atau pada 23 Oktober depan.
Iaitu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh diluluskan.
"ADUN perlu menghantar dua salinan kepada Yang Dipertua Dewan Negeri.
"Yang Dipertua akan menghantar satu salinan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.
Menurutnya lagi, maklumat isytihar harta kesemua ADUN akan dipaparkan dalam tempoh tiga bulan di dalam portal SPRM.
Ujarnya lagi, Dewan Negeri sebelum ini telah meluluskan usul yang dibawa oleh ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang ke-14 Perak Darul Ridzuan pada 23 Julai lalu.
Sehubungan itu beliau mengingatkan semua ADUN supaya mematuhi arahan untuk mengisi borang pengisytiharan harta mereka.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#akuan berkanun
#isytihar harta
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Ngeh Koo Ham
#speaker Dewan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan