Berada dalam barisan Kabinet untuk tempoh tiga tahun merupakan keistimewaan yang jarang diperoleh semua orang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar yang bakal menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan.
Beliau berkata ia merupakan satu penghormatan baginya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput beliau menyertai Kabinet.
"Ia peluang yang jarang diperoleh orang lain tanpa bertanding dalam pilihan raya," katanya pada sidang media di sini hari ini, sebelum menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan pada 4 Jun.
Abdul Wahid berkata sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, beliau terlibat dalam pelbagai perancangan pembangunan ekonomi negara untuk tempoh sederhana dan jangka panjang termasuk penyediaan Rancangan Malaysia ke-11 yang bermula pada tahun ini.
"Melalui mandat yang diberikan juga, saya berpeluang memberikan perspektif swasta dalam kerajaan dan memberikan keberanian kepada kerajaan untuk menjalankan langkah-langkah yang benar," katanya.
Tekanan berbeza
Abdul Wahid mengakui menghadapi tekanan yang berbeza ketika berada dalam kerajaan berbanding tekanan ketika berkhidmat hampir 25 tahun dalam sektor korporat.
"Ini termasuk apabila sesuatu isu dipolitikkan, ia memberikan cabaran kepada saya tetapi kalau kita fokus kepada isu dan fakta, Insya-Allah kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya," katanya.
Perdana menteri baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan Abdul Wahid sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berakhir pada 4 Jun selaras dengan permintaan beliau ketika menerima pelantikan itu pada 2013 iaitu hanya berkhidmat bagi satu penggal.
Berhasrat untuk kembali semula berkhidmat dalam sektor korporat, Abdul Wahid bagaimanapun merancang untuk berehat panjang ketika bulan Ramadan ini sebelum meneruskan kerjaya beliau meskipun tidak menghuraikan sektor yang bakal disertai.
Ditanya adakah beliau berminat untuk menyertai politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Wahid menjawab : "Tentunya tidak...saya lebih kepada orang korporat, tidak biasa dengan mana-mana situasi politik...sebab itu saya mahu kembali ke sektor korporat".
Mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan, beliau berkata umum mengetahui dunia kini mengalami keadaan ekonomi yang tidak menentu termasuk pertumbuhan ekonomi China yang sederhana dan harga komoditi yang rendah yang memberi cabaran kepada negara.
Strategi kepelbagaian
"Namun, kerajaan telah menyediakan strategi kepelbagaian bukan sahaja dari segi struktur sumbangan ekonomi kita termasuk bagaimana kita telah kurangkan kebergantungan kita kepada sektor komoditi dan kini ekonomi kita dipacu oleh sektor pembuatan dan pengeluaran.
"Ini juga dapat kita lihat apabila kerajaan menambah pelbagai sumber pendapatan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas serta kepelbagaian negara pasaran untuk tidak terlalu bergantung kepada satu-satu negara sahaja," katanya.
Katanya walaupun China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, namun eksport ke negara tersebut adalah kurang 14 peratus menjadikan negara tidak terlalu bergantung dengannya.
Oleh itu, katanya, strategi kepelbagaian tersebut membolehkan negara membangun secara mapan walaupun berdepan dengan tempoh yang mencabar.
Bernama
Thu Jun 02 2016
WAHID: Ia peluang yang jarang diperoleh orang lain tanpa bertanding dalam pilihan raya.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Situasi ringgit kini tidak sama dengan krisis kewangan 1998 - PM Anwar
Anwar berkata angka terakhir bagi pelaburan negara yang diumumkan semalam iaitu RM329.5 bilion pada 2023, adalah tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia.
Anwar beriltizam mereformasi ekonomi negara, julang darjat rakyat
Perdana Menteri beriltizam untuk mereformasi ekonomi negara bagi menjulang darjat rakyat dan langkah itu wajib bermula dengan golongan kurang berkemampuan.
PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Januari 2024.
Malaysia perlu ada strategi pembangunan sendiri, tidak bergantung pada negara lain
Malaysia perlu mempunyai strategi pembangunan sendiri dan tidak bergantung kepada perancangan pembangunan negara lain.