Kerajaan menamakan anak kedua panda gergasi dari pasangan Xing Xing dan Liang Liang sebagai 'Yi Yi' yang bermaksud persahabatan.

Pengumuman itu dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara di ibu negara sebentar tadi.

Yi Yi dilahirkan pada 14 Januari 2018 dengan berat 150 gram sebelum dipamerkan kepada umum pada 26 Mei 2018.

Anak panda gergasi yang berusia 17 bulan itu kini mencapai berat 50 kilogram.

BACA: Selepas Nuan-Nuan, apa nama anak kedua panda gergasi?