SUKAN
Ten Hag di ambang pemecatan selepas dua perlawanan awal musim

Ten Hag, yang sebelum ini dipecat Manchester United, kini berdepan risiko kehilangan pekerjaan sekali lagi jika gagal memulihkan kepercayaan. - Foto REUTERS
ERIK ten Hag kini berada dalam tekanan besar di Bayer Leverkusen walaupun musim Bundesliga baru memasuki minggu kedua.
Masa depannya sebagai jurulatih sudah menjadi tanda tanya selepas permulaan hambar bersama Die Werkself.
Ten Hag sebenarnya sudah melalui detik buruk sejak mula dilantik apabila menyaksikan Leverkusen dimalukan Flamengo U20s dengan kekalahan 5-1 dalam aksi persahabatan.
Kekalahan itu dianggap sebagai isyarat awal kelemahan pasukan di bawah kendaliannya.Krisis berterusan dalam saingan rasmi Bundesliga apabila Leverkusen hanya mampu seri 3-3 menentang Werder Bremen pada Sabtu lalu, walaupun lawan beraksi dengan 10 orang.
Lebih memalukan, Leverkusen melepaskan dua gol lewat permainan yang menambah tekanan terhadap pengendali Belanda itu.
Laporan dari kicker mendedahkan pihak pengurusan Leverkusen sebenarnya sudah meragui Ten Hag sebelum aksi menentang Bremen, dan kini suasana di BayArena digambarkan sebagai “kritikal”.
Apa yang lebih memburukkan keadaan, pengarah sukan Simon Rolfes serta pihak atasan kelab enggan memberi sokongan terbuka, malah beberapa kali mengelak daripada mengulas mengenai masa depan Ten Hag.
Difahamkan, pihak pengurusan hanya akan membuat keputusan selepas jendela perpindahan ditutup pada Isnin malam. Namun, tanpa peningkatan segera dari segi prestasi dan keputusan, pemecatan awal musim dilihat hampir pasti berlaku.
Ten Hag, yang sebelum ini dipecat Manchester United, kini berdepan risiko kehilangan pekerjaan sekali lagi jika gagal memulihkan kepercayaan bilik persalinan serta keyakinan pihak atasan Leverkusen dalam tempoh terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami