Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan perpaduan rakyat pada masa kini yang dilihat semakin rapuh disebabkan perbezaan ideologi politik.
Tengku Abdullah bertitah rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum yang selama ini hidup rukun dan damai kini dilihat cuba membawa haluan dengan cara tersendiri.
"Saya sedih apabila orang sekarang mempunyai pelbagai haluan fikiran... seharusnya kita sedar kita telah melalui susah payah ini bersama-sama sejak sekian lama," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dataran Felda Jaya, Mempaga, di sini, pada Isnin. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan mencetuskan idea mewujudkan Felda bermula di Bilut pada 1956 semasa zaman Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan nenda baginda Sultan Abu Bakar.
Hasilnya kini terdapat sebanyak 116 Felda di Pahang yang telah memanfaat dan banyak membantu menaikkan taraf ekonomi bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga Cina dan India yang menjadi peneroka.
"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana beri peluang itu... tetapi jangan pula kita cepat tak ingat. Sekarang mereka (peneroka) hidup dengan lumayan sekali bukan sahaja generasi pertama, tetapi juga kedua diberi rumah dan kemudahan lain.
"Inilah perkara yang saya suka lihat dan dengar, anak-anak pun ada tempat untuk belajar. Jadi saya harap semua kekal muafakat antara satu sama lain," titah baginda.
Selain itu, baginda turut menasihati rakyat supaya bijak dalam menapis maklumat dan berita yang tersebar di media sosial terutamanya untuk mengelak terpedaya dengan dakyah dan berita yang tidak benar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Tengku Abdullah dan Liow bertemu rakyat pada majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda Mempaga, 7 Mei. --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini
Beliau yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Tiktok dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan orang ramai mengenai kesesakan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 21 Mei lalu.
'Media perlu gesa kerajaan bantu masyarakat dapatkan maklumat yang benar'
Media perlu menggesa kerajaan melakukan perubahan dalam menyediakan dan mendapatkan maklumat yang benar kepada masyarakat terutama dalam situasi pandemik COVID-19.
Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani
Kertas siasatan disiasat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 sejak ordinan itu dikuatkuasakan pada 12 Mac lepas.
Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.
Ordinan Darurat: 12 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita tidak benar COVID-19
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 12 kertas siasatan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 berhubung penularan berita tidak benar mengenai COVID-19.
Ordinan kekang berita tidak benar COVID-19 tidak seimbang - Article 19
Article 19 mempersoal hukuman sehingga RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun yang termaktub dalam ordinan tersebut.
JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar
Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan kerajaan.
Tiada lagi proses panjang sebaik ordinan berita tidak benar dikuatkuasa - Takiyuddin
Pihak penguatkuasa sebelum ini perlu melalui prosedur biasa yang mengambil masa lama terutama dalam menyiasat sesuatu kes berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.