awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Mahkota Kelantan berkenan rasmi Sambutan 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard

Bernama
Bernama
21/09/2024
22:30 MYT
Tengku Mahkota Kelantan berkenan rasmi Sambutan 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard
Limpahan lampu neon dan percikan bunga api mewarnai Jambatan Kereta Api Guillemard sempena Majlis Perasmian 100 Tahun Jambatan tersebut yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, pada Sabtu. - Gambar Bernama
TANAH MERAH: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55, di sini, malam tadi.
Keberangkatan tiba baginda pada 9.55 malam didahului Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Tengku Muhammad Fakhry disambut oleh Menteri Besar, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Gimik perasmian majlis itu dimulakan dengan pencahayaan tugu rangka Jambatan Guillemard manakala kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur yang melalui kawasan tersebut diiringi percikan bunga api lebih 15 minit.
Perasmian jambatan sepanjang 609.6 meter itu disempurnakan oleh Sultan Ismail Petra pada tahun 1925 dan perkataan 'Guillemard' diambil sempena nama Gabenor British iaitu Sir Laurence Guillemard.
Tujuan utama jambatan itu dibina ialah untuk menyediakan laluan kepada kereta api dan kenderaan lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Mahkota Kelantan
#Tengku Muhammad Fakhry Petra
#Jambatan Kereta Api Guillemard
#sambutan 100 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan