awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pemimpin Israel berbelah bahagi menjelang pertemuan dengan Trump
DUNIA
Serangan udara Israel ragut puluhan nyawa, Gaza terus dibedil menjelang lawatan Netanyahu ke AS
DUNIA
USAID hentikan program bantuan luar berkuat kuasa 1 Julai - Rubio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tengku Maimun bersara wajib, bangga galas tugas Ketua Hakim Negara

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2025
16:08 MYT
Tengku Maimun bersara wajib, bangga galas tugas Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara pada Rabu. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Selepas enam tahun mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi menamatkan perkhidmatannya pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Tun Tengku Maimun Tuan Mat menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara pada Rabu selepas enam tahun berkhidmat, menjadi wanita pertama memegang jawatan itu dalam sejarah Malaysia.
  • Beliau berasa bangga dapat menyempurnakan tugas sebagai hakim tertinggi negara walaupun tidak menyasarkan jawatan itu sebagai impian, dan bersyukur kerana urusannya sepanjang tempoh perkhidmatan dipermudahkan.
  • Tengku Maimun memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang pada 1982 dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019, menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

Sepanjang menggalas tugas tersebut, Tengku Maimun akui tidak pernah menyesal mahupun berkecil hati walaupun tidak ditawarkan untuk melanjutkan perkhidmatannya.
Sebaliknya, anak jati Kota Bharu, Kelantan itu bangga kerana dapat memikul amanah dan menyempurnakan tugasnya sebagai hakim tertinggi negara.
"Tidak, tidak sama sekali. Sebab anda tahu, menjadi Ketua Hakim Negara sebenarnya bukan impian saya. Jadi bila sesuatu itu bukan impian anda, tetapi anda berada di kedudukan itu selama enam tahun, dan saya sudah pun melengkapkan tempoh berkenaan, sama ada saya mencapai sesuatu yang besar atau tidak, seperti yang saya katakan, itu bukan untuk saya tentukan.
"Apa yang boleh saya katakan, saya telah berkhidmat selama enam tahun dalam keadaan sihat dan bagi saya, itu satu nikmat yang besar," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Mahkamah Persekutuan, di sini pada Selasa.
Dalam perkongsiannya, Tengku Maimun menyifatkan peluang berkhidmat dalam badan kehakiman sebagai satu penghormatan besar.
Beliau, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, turut melahirkan rasa syukur kerana segala urusannya sepanjang tempoh perkhidmatan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sebelum bersara wajib bermula Rabu, Tengku Maimun menyempurnakan tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara dengan mempengerusikan dua prosiding termasuk rayuan akhir enam lelaki yang membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.
Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR), sebelum menyertai Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1984 dalam jawatan yang sama.
Tengku Maimun kemudiannya menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
Mengikut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan hingga mencapai usia 66 tahun dan boleh dilanjutkan enam bulan lagi atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#Tengku Maimun Tuan Mat
#Tengku Maimun bersara wajib
#Ketua Hakim Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami