awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Razaleigh sumbang bot kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
24/11/2015
05:29 MYT
Tengku Razaleigh sumbang bot kepada mangsa banjir
Tengku Razaleigh dikatakan bersimpati dengan nasib penduduk di Kampung Kuala Lah yang sebelum ini pernah dilanda banjir besar dan terperangkap di rumah masing-masing kerana tiada bot untuk ke pusat pemindahan.
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyumbang sebuah bot kepada penduduk di Kampung Kuala Lah di sini sebagai persiapan menghadapi banjir.
Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Negggiri Ahmad Karmizi Jalil yang mewakili Tengku Razaleigh, menyerahkan bot gentian kaca yang boleh memuatkan lima orang itu kepada wakil penduduk, Zakaria Omar, 51.
Ahmad Karmizi berkata Tengku Razaleigh bersimpati dengan nasib penduduk kampung itu yang sebelum ini pernah dilanda banjir besar dan terperangkap di rumah masing-masing kerana tiada bot untuk ke pusat pemindahan.
Sementara itu, Zakaria berkata beliau bersama penduduk kampung berterima kasih atas sumbangan bot berkenaan yang membolehkan mereka berpindah awal ke pusat pemindahan.
"Kita mengambil iktibar daripada kejadian banjir besar akhir tahun lepas yang menyebabkan ramai penduduk terperangkap apabila terpaksa menunggu giliran menaiki bot pasukan penyelamat," katanya.
Topic Berkaitan
#derma bot
#Gua Musang
#mangsa banjir
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan