KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara COVID-19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020, akan membantu memacu pemulihan ekonomi Malaysia.
Beliau berkata Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer pada akhir Februari ini.
"Pembekalan vaksin dijangka bermula awal Mac dan selesai dalam tempoh 12 bulan atau menjelang Suku Pertama 2022," katanya semasa program temu bual bersama CNBC hari ini.
Program vaksinasi negara COVID-19 yang dijadual bermula awal Mac depan akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh 12 hingga 18 bulan, dengan 80 peratus penduduk Malaysia, atau hampir 27 juta orang, dijangka menerima suntikan vaksin itu menjelang Suku Pertama 2022.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia terus mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) bagi 2021 pada 6.5-7.5 peratus dan sasaran defisit fiskal pada 5.4 peratus daripada KDNK tahun ini.
Beliau yakin ekonomi akan disokong oleh pengumuman pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bertujuan membantu pelbagai sektor serta perusahaan kecil dan sederhana serta mikro di negara ini.
Apabila ditanya sama ada risiko defisit fiskal akan meningkat sekiranya kerajaan perlu lebih banyak peruntukan untuk memerangi lonjakan kes pandemik COVID-19 di Malaysia, Tengku Zafrul tidak menganggapnya begitu.
"Sekiranya kami perlukan lagi suntikan fiskal untuk merangsang ekonomi, ia akan memberi impak kepada sasaran defisit. Tetapi ia (suntikan fiskal) akan membantu (pertumbuhan) hasil dan KDNK, jadi sasaran (5.4 peratus) seharusnya kekal sama," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan masih sedang memantau dengan rapat situasi COVID-19.
"Jika sekiranya terdapat keperluan bagi suntikan fiskal untuk membantu memulihkan ekonomi dalam tempoh jangka pendek, ia adalah sesuatu yang kerajaan perlu lakukan.
"Tetapi hari ini, kami masih mengekalkan belanjawan (Belanjawan 2021) yang baru-baru ini diluluskan oleh kerajaan," katanya.
Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu COVID-19 pada Khamis yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 198,208 kes setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Tengku Zafrul berkata Malaysia terus mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) bagi 2021 pada 6.5-7.5 peratus dan sasaran defisit fiskal pada 5.4 peratus daripada KDNK tahun ini. - Gambar fail
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Yoon pertahan undang-undang tentera, tolak dakwaan lakukan pemberontakan
Yoon berkata beliau menggunakan kuasa presiden untuk mengisytiharkan undang-undang tentera bagi "melindungi negara".
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.