awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon

Bernama
Bernama
12/12/2024
23:30 MYT
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
Orang ramai ketika menyaksikan upacan Suk Yeol yang disiarkan di stesen kereta api Seoul, Korea Selatan. - Foto AP
SEOUL: Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP), Han Dong-hoon, pada Khamis menyatakan sokongan terhadap usul pendakwaan Parlimen terhadap Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, berhubung kegagalannya melaksanakan undang-undang tentera baru-baru ini.
Beliau turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada PPP, lapor Agensi Berita Yonhap.
Han membuat gesaan itu selepas Yoon mempertahankan pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember sebagai tindakan pentadbiran dan menolak tuduhan beliau melakukan pemberontakan, dalam satu ucapan awam.
“Tugas Presiden perlu segera diperbetulkan dan digantung melalui proses pendakwaan,” kata Han kepada pemberita di Parlimen, barat Seoul.
“Parti kita mesti menyokong pendakwaan sebagai garis panduan parti,” katanya.
Han berkata, keadaan kini "lebih jelas" bahawa Yoon tidak lagi mampu menjalankan tugas sebagai Presiden, sambil menyifatkan ucapan beliau sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Parti pembangkang utama, Parti Demokratik dijangka memfailkan usul baharu untuk mendakwa Yoon pada hari ini, selepas undian pendakwaan di Parlimen gagal pada Sabtu lepas susulan tindakan majoriti ahli parlimen PPP memboikotnya.
Terdahulu, Han menyuarakan sokongan terhadap pendakwaan Yoon, sambil menyeru Ahli Parlimen untuk mengundi berdasarkan “keyakinan masing-masing” dalam usul pendakwaan seterusnya.
“Kita mesti menghentikan kekeliruan yang berlarutan. Hanya ada satu kaedah yang berkesan sekarang,” katanya dalam satu sidang akhbar. “Dalam undian usul pendakwaan seterusnya, ahli parlimen parti kita perlu masuk ke dewan dan mengundi berdasarkan keyakinan serta hati nurani masing-masing.”
Kenyataan Han itu menunjukkan perubahan daripada pendirian awal parti yang menggesa Yoon meletak jawatan secara “teratur.” Sebelum undian pendakwaan pada Sabtu, Yoon telah berjanji untuk menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh perkhidmatannya, kepada PPP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPP
#Yoon Suk Yeol
#usul pendakwaan Parlimen
#undang-undang tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan