awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Tentera Darat perlu kekalkan kedudukan sebagai angkatan berkredibiliti - PTD

Bernama
Bernama
02/05/2023
06:51 MYT
Tentera Darat perlu kekalkan kedudukan sebagai angkatan berkredibiliti - PTD
Mohammad berkata, Tentera Darat perlu mendukung postur ATM yang bersepadu, tangkas dan berfokus sejajar dengan strategi ketenteraan negara. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata Tentera Darat perlu terus mengekalkan kedudukannya sebagai angkatan yang berkredibiliti dalam mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan melindungi kepentingan negara.
Mohammad berkata keperluan itu menjadi kian mendesak terutama dengan situasi kerapuhan persempadanan antarabangsa yang kompleks serta kedudukan dua wilayah daratan Malaysia yang dipisahkan Laut China Selatan.
Beliau berkata Tentera Darat mestilah sejajar dengan profil angkatan masa hadapan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan dan strategi ketenteraan negara.
"Ia berasaskan enam ciri iaitu kebersamaan, kebolehoperasian, berasaskan teknologi, berupaya untuk beroperasi di dua wilayah, berorientasikan misi dan kecekapan logistik.
"Selain itu, Tentera Darat akan meneruskan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia dalam menjana keupayaan peperangan bersama yang berasaskan sinergi merentas domain demi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kemakmuran negara terpelihara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara Perbarisan Perutusan Perintah Ulung PTD ke-29 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini
Menurutnya Tentera Darat kini sedang mengorak langkah ke arah pembentukan satu ketumbukan yang berkredibiliti menerusi pelan pembangunan keupayaan strategik 'Army 4NEXTG' (Untuk Generasi Akan Datang).
"Situasi strategik dunia dan serantau sukar diramal selain dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam hubungan serantau dan antarabangsa
"Oleh itu, Tentera Darat perlu bergerak tangkas untuk mendukung matlamat Malaysia yang selamat, berdaulat dan makmur sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan," katanya.
Selain itu, Mohammad juga berkata Tentera Darat perlu mendukung postur ATM yang bersepadu, tangkas dan berfokus sejajar dengan strategi ketenteraan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#kecekapan logistik
#Kertas Putih Pertahanan
#keutuhan wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.