awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Laut Singapura gagalkan cubaan merampas bot tunda Malaysia

Agensi
Agensi
03/09/2015
01:19 MYT
Tentera Laut Singapura gagalkan cubaan merampas bot tunda Malaysia
Sebaik menyedari kehadiran kapal perang itu, kesemua lanun berkenaan melarikan diri ke perairan Indonesia. - Gambar hiasan
Tentera Laut Republik Singapura berjaya mengagalkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah bot tunda yang menggunakan bendera Malaysia, 'Permata Satu' di perairan Singapura pada Selasa.
Menurut laporan laman web maritim, IHSMaritime360.com, yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura, Pusat Kawalan Operasi (POCC), Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura menerima laporan daripada bot Permata Satu, kira-kira 9.07 pagi.
POCC kemudian memaklumkan kepada Pasukan Khas Keselamatan Maritim, MSTF yang segera menggerakkan sebuah kapal perang RSS Resilience ke lokasi kejadian pada 9.21 pagi.
"Sebaik menyedari kehadiran kapal perang itu, kesemua lanun berkenaan melarikan diri ke perairan Indonesia," katanya kenyataan itu.
Maklumat itu kemudian disalurkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Tentera Laut Indonesia yang menggerakkan aset masing-masing.
Tentera Laut Indonesia kemudian berjaya mengesan bot dinaiki ketiga-tiga lanun berkenaan, sebelum menahan mereka serta menemui semula kargo yang dirampas.
Bot Permata Satu itu kemudian diiring oleh RSS Resilience ke perairan Singapura, sebelum Polis Pengawal Pantai Singapura menaiki bot berkenaan untuk melakukan siasatan.
"Kesemua anak kapal bot itu tidak mengalami sebarang kecederaan," menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#IHSMaritime360.com
#lanun
#Permata Satu
#RSS Resilience
#Tentera Laut Republik Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan