Masyarakat disaran mempelajari dan menerapkan budaya serta nilai baik masyarakat Timur di negara seperti Jepun dan China dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya dan maju.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masyarakat perlu menerapkan budaya serta nilai masyarakat Timur yang dilihat mampu mengubah masa depan negara terutama dalam aspek kemajuan dan pembangunan negara.
"Budaya yang diamalkan masyarakat timur menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara, jadi kita sebagai rakyat Malaysia, kita ada peluang untuk melihat masyarakat Barat dan Timur untuk dibuat perbandingan.
"Tidak ada salahnya jika kita ambil budaya baik yang ada di Jepun ke Negara ini, sebagai contoh, kita tahu apa yang baik dan yang buruk, kita boleh pilih dan boleh promosikan yang baik serta jauhkan yang buruk.
"Ia sedikit pun tidak mengurangkan nilai kita sebagai rakyat Malaysia, baik kita Melayu, Cina mahupun India, dengan mengambil sedikit nilai dan kualiti baik yang ada pada mereka," katanya ketika menyampaikan ucap tama bertajuk 'Evolusi Sosial, Apa Seterusnya?' pada Kuliah Umum Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP di sini, pada Rabu.
Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, juga berkata masyarakat di Malaysia boleh memilih perkembangan antara budaya Timur atau Barat sebagai panduan bagi membentuk evolusi atau revolusi sosial dalam negara ke arah negara lebih maju pada masa depan.
Beliau berkata masyarakat perlu tahu membezakan nilai baik atau buruk yang ditunjuk masyarakat di negara Timur dan Barat bagi memastikan tiada implikasi buruk berlaku dalam negara.
"Seperti kata pepatah Melayu 'buang yang keruh ambil yang jernih' kerana jika kita mahukan evolusi dalam masyarakat sosial, kita tidak boleh biarkan ia berlaku sendiri, kita sepatutnya memilih yang terbaik dan membuang yang buruk dan kita boleh mendapat evolusi yang terarah.
"Dalam membentuk masyarakat, kita mempunyai pilihan sama ada memilih dari Barat dan Timur, mengambil nilai baik serta melaksanakan dan mempraktikannya dengan penuh kesabaran kerana kita perlu kesabaran untuk melakukan sesuatu yang betul, dan untuk berjaya juga kita perlukan kesabaran," katanya.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarkan sebuah buku bertajuk 'A Gift of Hope'.
Bernama
Thu Aug 20 2015
DR MAHATHIR: Budaya yang diamalkan masyarakat timur menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia
Untuk menghasilkan rekaan pakaian kontinjen Olimpik dari Malaysia yang terbaik, terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipertimbangkan.
Melaka berhasrat jadi gedung pantun negara, martabat warisan budaya - Ab Rauf
Antara usaha dilakukan ialah Gerbang Pantun Melaka dan Satu Kampung Satu Pantun selain pemerkasaan pantun di sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
JKKN Perak terus pelihara seni budaya tarian Dabus
Dabus asalnya adalah seni mempertahankan diri yang mengutamakan kepahlawanan, kecerdasan, ketangkasan, dan keperwiraan.