awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah

Bernama
Bernama
09/12/2021
22:15 MYT
Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Hamzah berucap pada Majlis Makan Malam dan Dialog bersama International Business Chambers di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Teras utama dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia berjaya dilaksana, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata teras terbabit yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi lain di bawahnya.
"Antaranya ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Okt lepas.
"Sementara itu, pada 11 Nov lepas kerajaan bersetuju melantik mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah sebagai Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency yang akan memperincikan penubuhan satu agensi tunggal bagi menjaga pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien dan cekap," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya malam tadi.
Hamzah dalam masa sama berkata pada Isnin lepas (6 Dis) pihaknya turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman bagi mendapatkan khidmat kepolisian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#kawalan sempadan negara
#Hamzah Zainudin
#Aspirasi Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan