awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke final

Bernama
Bernama
07/11/2021
01:12 MYT
Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke final
Ini adalah final pertama Zii Jia selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Victor Axelsen dari Denmark, Mac lepas. - Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia semakin hampir merangkul kejuaraan pertamanya dalam tempoh lapan bulan selepas mara ke pusingan akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman, awal hari ini, waktu Malaysia.
Pemain pilihan kedua itu menewaskan pemain pilihan keenam, Srikanth Kidambi dari India di separuh akhir untuk final menentang pemain bukan pilihan Loh Kean Yew dari Singapura, lewat hari ini.
Bagaimanapun ia bukanlah perjalanan mudah buat Zii Jia kerana Srikanth mempamerkan daya tahan yang mantap pada set pertama sebelum pemain Kedah itu mencatat kemenangan tipis 21-19.
Pada set kedua, Zii Jia sekali lagi terselamat apabila pemain nombor lapan dunia itu bangkit daripada ketinggalan 9-15 untuk mengejar Srikanth dan akhirnya bernasib baik untuk mara ke final selepas menang 22-20.
Ini adalah final pertama Zii Jia selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Victor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 untuk memenangi Kejohanan Badminton All England 2021 di Birmingham, England, Mac lepas.
Dalam pada itu, pemain nombor 40 dunia Kean Yew meneruskan aksi cemerlang di Jerman apabila menewaskan rakan senegara Srikanth, Lakshya Sen 21-18, 21-12 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Zii Jia, 22, sudah pasti akan berusaha membalas dendam apabila dikejutkan dengan penyingkiran awal di tangan Kean Yew apabila pemain Singapura itu melakar kemenangan sensasi 24-22, 21-14 pada pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Hylo
#Lee Zii Jia
#pusingan akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan