awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi tewas di suku akhir, cabaran negara berakhir

Bernama
Bernama
13/01/2023
15:56 MYT
Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi tewas di suku akhir, cabaran negara berakhir
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 21-14, 16-21, 17-21 kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Cabaran tuan rumah di Terbuka Malaysia 2023 berakhir seawal peringkat suku akhir, selepas harapan terakhir negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas malam ini.
Beregu lelaki pilihan kelapan kejohanan itu tewas 21-14, 16-21, 17-21 kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia di Arena Axiata di sini biarpun mengharungi pertarungan selama 75 minit.
Beregu nombor tujuh dunia, Yew Sin-Ee Yi menguasai di awal permainan untuk memenangi set pertama 21-14 tetapi beregu Indonesia yang merupakan naib juara di belakang Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tahun lepas, bangkit untuk membuktikan kehebatan mereka sebagai beregu atasan dunia untuk memperoleh kemenangan.
Ini merupakan kemenangan ketujuh beregu Indonesia itu ke atas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 dalam 10 perlawanan di antara mereka.
Fajar-Muhammad Rian akan bertemu Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan dalam separuh akhir esok. Beregu Korea Selatan itu mengetepikan satu lagi gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13,19-21,21-11.
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia
#cabaran negara
#Ong Yew Sin
#Teo Ee Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan